Categories: HiburanTrending

“Takkan La Kat Luar Bertudung, Berlakon Buka Pula?” – Disangka Wanna Ali, Julia Farhana Kongsi Momen Pemandu Grab Tersalah Orang

Pelakon Julia Farhana memuat naik sebuah hantaran di Instagram Storiesnya (IGS) berkongsi momen di mana dirinya disangka pelakon Wanna Ali.

Menerusi perkongsiannya, Julia ketika itu sedang menggunakan perkhidmatan Grab dan pemandu tersebut mengenalinya sebagai pelakon.

Namun, pemandu itu tersalah sangka dengan aktres Wanna Ali apabila menyatakan dia berlakon dengan pelakon Alif Satar dalam sebuah drama.

“FOR GOODNESS SAKES! Are you serious? That’s @wannaali_

“Takkan la kat luar pakai tudung, berlakon buka pula? Common sense la aiyo,” tulisnya.

Dalam pada itu, Julia juga berpendapat bahawa dia dan Wanna Ali sangat berbeza dan tertanya mengapa masih ramai yang tersalah sangka.

“In person, honestly. @wannaali_ and I look so different. Like really different tau.

“How can we get mistaken? HOW?,” luahnya lagi.

Malah, hantaran yang dibuat Julia turut dimuat naik semula oleh Wanna Ali dan dia menganggap pemandu tersebut memuji Julia.

“Babes he meant it as a compliment!!!,” balasnya.

Untuk makluman, Wanna Ali berlakon bersama Alif Satar menerusi drama yang berjudul Bukan Sekadar Lafaz yang ditayangkan di TV3 sebelum ini.

Atiqah Johari