‘Takkan Nak Menangis Di Instagram’- Zara Zya Sudah Move On?

Selepas putus tunang, nama pelakon Zara Zya terus menjadi bualan hangat netizen.

Pelbagai reaksi dapat dibaca menerusi sosial media. Ada peminat yang sudah move on dan ada juga sebaliknya.

Namun ada juga dakwaan menulis Zara kelihatan seolah tidak bersedih selepas hubungannya bersama pelakon Hafreez Adam terlerai.

“Takkan saya nak kena muat naik video menangis semata-mata nak beritahu saya sedih sebab putus tunang. Saya perlu kuat dan sentiasa berfikiran positif atas apa yang berlaku,” katanya kepada Harian Metro

Tambah Zara, dia memberitahu tiada gunanya menunjukkan kesedihan atau meratap di Instagram apabila kehilangan seseorang.

“Memang ada yang komen pada gambar saya. Mereka cakap saya tak nampak sedih pun. Adakah saya perlu tunjuk semua itu di Instagram? Dalam perkara ini, ramai tahu saya sentiasa positif dan kuat.

“Jadi, saya kena tunjuk kepada keluarga kawan dan peminat macam mana kuatnya saya. Jadi, ia secara tak langsung boleh buat orang terikut benda yang positif,” katanya. 

Ditanya sekiranya ada tawaran kerja membabitkan dirinya dengan bekas tunang, Zara berkata, dia bersikap profesional.

“Kami putus tunang secara baik dan tidak bergaduh pun. Jadi, apabila perkara ini terjadi, tidak perlu wujud masalah antara kami.

“Saya okay dan boleh bersikap profesional. Lagi pun, ini soal kerja dan bukannya peribadi,” katanya.

SGMS Faida