“Takkan Nak Murung Sepanjang Hidup, Lelaki Tak Boleh Tahan Lama-Lama…” – Zarina Zainuddin Sokong Shuib Kahwin Lagi

Kontroversi hubungan pelawak, Shuib bersama seorang wanita dikenali sebagai Watie Hanifiah semakin hangat diperkatakan lebih-lebih lagi selepas mereka hadir sedondon di konsert 25 Years Lah Ahmad Live in Concert yang berlangsung di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Art Centre (PJPAC).

Menyedari namanya hangat menjadi perbualan, Shuib memohon ramai pihak untuk tidak membandingkan Watie bersama arwah isterinya, Siti Sarah serta menyerahkan hubungannya itu kepada restu ibunya.

Artikel Berkaitan: “Mak Saya Yang Menilai & Zalim Kalau Saya Tak…” – Akui Selesa Bersama, Shuib Mohon Usah Banding Watie

Berdasarkan pemerhatian XTRA, pelakon Zarina Zainuddin meninggalkan komen di Instagram sebuah entri portal hiburan berhubung berita mengenai Shuib dan Watie.

Menurut Zarina, dia memohon ramai pihak untuk membiarkan bapa anak empat itu untuk membuat keputusan sendiri dan bahagia bersama pilihan hatinya.

“Biarlah orang tu nak kahwin dia lelaki mana boleh tahan lama-lama kesian dia. Maid boleh cari jaga anak-anak dia pun nak bahagia jugak. Takkan nak murung sepanjang hidup,” tulisnya

Sebelum ini, Shuib pernah meluahkan rasa kekesalan atas sikap segelintir pihak yang sehingga kini seakan masih tidak berpuas hati atas hubungannya bersama Watie.

Artikel Berkaitan: Netizen Sering Persoal Pilihan Hati, Ini Penjelasan Shuib – “Yang Kenal Pasangan, Kita Saja”

Aqilah Paharuzi