Hiburan By: SGMS Faida October 2, 2019 @ 10:00pm

Takziah…Shazroul AF Meninggal Dunia

Penyanyi Shazroul Fazlie, meninggal dunia jam 6.30 petang tadi selepas bertarung dengan penyakit jangkitan kuman pada bahagian usus. 

Selepas dua minggu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4) disahkan meninggal dunia.

Difahamkan, Allahyarham sebelum ini pernah menjalani pembedahan kali kedua di bahagian ususnya yang dijangkiti kuman 21 September lalu.

Menurut ibu Allahyarham, Noraini Elias, jenazah Allahyarham akan dimandikan di hospital sebelum dibawa pulang ke rumah dan disembahyangkan di Masjid Bukit Antarabangsa.

“Disebabkan Allahyarham menjalani pembedahan jadi urusan mandi jenazah hanya boleh dilakukan pihak hospital,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, urusan pengebumian pula akan dilakukan esok di tanah perkuburan yang bakal ditentukan ahli jawatankuasa masjid di kawasan berdekatan dengan mukim kediaman.

Bercerita mengenai situasi Shazroul selepas pembedahan kali kedua di mana doktor melakukan pemotongan usus yang bocor, sepanjang kira-kira 90 sentimeter, katanya arwah sedar namun dia kurang bercakap.

“Cuma sepanjang berada dalam rawatan di ICU, arwah banyak diam dan hanya sesekali senyum apabila dipinta.

“Dia juga tidak ada cakap apa-apa dan petang tadi doktor sahkan dia meninggal dunia,” katanya.

Sepanjang kerjaya seninya Shazroul pernah menghasilkan album berjudul Cuma, selain berduet dengan Adzrin Azhar menerusi lagu Pencuri Hati.

Dia juga pernah menyanyi di Hotel Concorde, Shah Alam sepenuh masa sebelum ini.- Harian Metro. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 May 2023
Contest Fri, 26 Apr 2019

xtra好康头 | 送你《妈妹祥祥爆满云顶演唱会》入门票

xtra好康头送你《妈妹祥祥爆满云顶演唱会》入门票,让你和「肥妈」玛丽亚、李丽霞、黎耀祥及阮兆祥度过一个开心欢乐之夜。

Hiburan Wed, 25 May 2022
Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] “3 Orang Hubungi Nampak Kelibat Ayah Sedang Wirid..” – Genap 38 Hari Hilang Di Tanah Suci, Anak Kongsi Perkembangan Terkini

Allahuakbar! Min harap semoga ada sinar di penghujungnya dan dipermudah segala urusan ❤️🥹🤲🏻

Featured Wed, 17 Nov 2021

Bina Semula Simpanan, Ahli KWSP Perlu Kerja Tambahan Sehingga 6 Tahun?

Ramai Bumiputera yang terkesan ketika PKP dilaksanakan

#LaguXTRA Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Sat, 10 Jun 2023