Hiburan By: SGMS Faida August 14, 2018 @ 11:41am

Al- Fatihah, Tiada Lagi Opie Panji …

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Kasih Yang Tidak Pasti’ meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, awal pagi tadi.

Bekas vokalis kumpulan Panji, Mohd Rafi Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Opie disahkan meninggal dunia pada 4.10 pagi tadi selepas menderita pelbagai komplikasi penyakit termasuk hepatitis C.

Perkara itu disahkan isteri arwah, Suhailiza Ahmad, 42, yang memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Jerangau, Dungun, tengah hari ini.

Allahyarham yang berusia 48 tahun itu dikejarkan ke HTAA 4 Ogos lalu selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Indera Sempurna sebelum dirawat di hospital itu.

Media sebelum ini melaporkan Opie yang mencari rezeki sebagai tukang paip, sudah tiga bulan tidak bekerja akibat menderita pelbagai komplikasi penyakit seperti kencing manis, bengkak hati dan jangkitan kuman dalam salur makanan.

Opie yang pernah popular dengan album Senang pada tahun 1993 hingga tercalon untuk anugerah Artis Baru Terbaik (Berkumpulan) pada Anugerah Industri Muzik 1993.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Jan 2023
Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Hiburan Wed, 13 Jun 2018

Selepas Lapan Tahun Menanti, Tahniah Achey!

Namun pada 22 Mei 2018 di ramadan keenam anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu. Alhamdulillah…

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Featured Thu, 1 Sep 2022
Hiburan Fri, 8 Jun 2018

Tiada Niat Perli ‘Penunggang’ Agama

Itu hanya cebisan daripada realiti hari ini kerana di luar sana, masih ramai yang ikhlas dan jujur dalam perjuangan mereka untuk menegakkan agama…