Penyanyi terkenal Saleem atau A.M. Salim Abdul Majeed meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, di sini pada jam 6.30 pagi tadi.
Penyanyi berusia 57 itu menghembuskan nafas terakhir selepas dimasukkan ke hospital sejak 22 hari lalu akibat kemalangan jalan raya di Bandar Mahkota Cheras.
Kenyataan itu disahkan oleh anak tirinya, Iera Fakhira, 29 tahun.
Jenazaah Saleem ketika ini masih berada di hospital akan dibawa ke Surau As- Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras.
Pada 21 September lalu, Saleem dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), hospital itu selepas kemalangan motosikal pada 20 September lalu.
Dalam kejadian di Kilometer (km) 16, Lebuhraya Grand Saga itu, 12 tulang rusuk Saleem patah termasuk satu daripadanya tertusuk paru-paru. Al- Fatihah…