Categories: Hiburan

Tampil Berloghat Perak, Gelagat Zulin Aziz & Emelie Hanif Buat Sketsa Guna Aged Filter Undang Tawa

Pelakon Zulin Aziz dan Emelie Hanif tampil mencuri perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagat mereka membuat sketsa sambil menggunakan filter ‘Aged’ di TikTok.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Zulin menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Menerusi perkongsian tersebut, Zulin telah memuat naik video sketsa spontannya bersama Emelie dalam loghat Perak dengan tajul, Drama Makcik Marhaban.

“3 jam sembang Emelie Hanie. Apa ke nama budak itu yaaa??#DramaMakcikMarhaban,” tulisnya.

Terhibur dengan gelagat mereka yang bersahaja, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya di ruangan komen.

Fatin Nurain