Tampil Dengan Kesinambungan Drama Bawang Merah Bawang Putih, Shalma Eliana & Jabir Meftah Bukan Pelakon ‘Kayu’

Sebut sahaja cerita rakyat Bawang Merah, Bawang Putih pastinya ramai yang sudah tahu jalan cerita serta konflik yang terdapat dalam drama tersebut bukan?

Justeru itu, TV9 kali ini tampil dengan sebuah drama kesinambungan daripada cerita popular tersebut berjudul Cheritera yang turut menampilkan pelakon baharu, Shalma Eliana (Luna), Jaber Meftah (Hang Zaim) dan Bella Dowanna (Puteri Bella) bermula pada 11 Disember 2021.

Drama yang berlaku pada zaman milenial ini juga turut menerapkan watak dan bahasa yang mengandungi unsur klasik dan moden sekaligus ia menjadi antara cabaran pengarah dan pelakon yang terlibat.

Menurut pengarahnya, Dato’ Jurey Latiff Rosli, walaupun mengetengahkan pelakon-pelakon baharu namun mereka ini bukan lah pelakon ‘kayu’ seperti yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini kerana, mereka antara pelakon yang mampu memberikan warna dalam industri seni tanah air. 

Malah, untuk mewujudkan chemistry diantara pelakon agar tidak nampak ‘kayu’, mereka ini digalakkan untuk ‘enjoy’ pada setiap babak yang dilakonkan.

“Orang selalu cakap ambil pelakon baru macam kayu, tapi dalam Cheritera ini saya menerapkan daripada awal kepada artis, you have to enjoy, jangan nervous, jangan takut, just throw.

“Kerana saya tidak ada masa untuk ajar mereka berlakon, saya nak mereka enjoy sahaja that moment dan tahu macam mana nak ada chemistry.

“Alhamdulillah, walaupun mereka baru, mereka telah membuktikan bahawa mereka diantara artis-artis yang akan kehadapan dan mampu meningkatkan kualiti lakonan serta menarik orang ramai untuk lebih menonton drama,” katanya.

Drama 13 episod ini akan menemui penonton pada setiap hari Sabtu, jam 8.30 malam hanya di TV9. Jangan lupa tengok okay!

Salma Syahbuddin