Tampil Menyanyi Lagu ‘Selamat Hari Raya’ Versi Acapella, Suara Raysha Rizrose Tawan Hati Ramai – “A Very Unique Voice”

Pelakon jelita Raysha Rizrose tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas mendengar dia menyanyikan lagu Selamat Hari Raya nyanyian asal Fazidah Joned.

Difahamkan Raysha telah menyanyikan lagu tersebut sempena video promosi sebuah festival raya yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dalam perkongsian tersebut, Raysha telah menyanyikan lagi tersebut dalam versi acapella.

Terpegun mendengar suaranya yang merdu, rata-rata pengikutnya memuji nyanyian Raysha di ruangan komen.

Fatin Nurain