Tampil Setelah 20 Tahun, Spanar Jaya X Suntik Nafas Baru

Siri komedi yang popular sekitar tahun 1998 ini kembali menemui penonton dengan wajah lebih segar dan menampilkan barisan-barisan pelakon baru seperti Sangeeta, Douglas Lim, Ben Amir, dan Uqasha Senrose. Selain mengekalkan pelakon lamanya, Opie Zami.

Kemunculan siri komedi ini setelah 20 tahun pastinya menjanjikan kandungan sitkom dalam Spanar Jaya X lebih padat dengan lawak-lawak yang  lebih fresh.

Jadi, kalau nak tahu apakah agaknya kesudahan siri ini setelah Pak Selamat (Allahyarham Zaibo) menyerahkan bengkel Spanar jayanya kepada Mat Rock (Opie Zami) yang merupakan pekerja setianya? Dan, apakah pula yang terjadi kepada bengkel tersebut setelah mengalami masalah kewangan? Korang jangan lupa saksikan Spanar Jaya X  yang diterbitkan oleh produksi Enfiniti Production dibawah arahan pengarah terkenal Ahmad Idham.

Antara barisan pelakon dalam Spanar Jaya X

Setiap episod dalam siri Spanar Jaya X akan menampilkan beberapa watak undangan dalam sitkom yang akan menemui peminatnya pada 2 Februari 2019, setiap Sabtu, jam 9 malam hanya di TV3. Atau boleh tonton di portal kami www.tonton.com.my . Jangan ketinggalan!

Kalau korang nak tahu lebih, korang juga boleh baca artikel di Oh Bulan!

Salma Syahbuddin