Hiburan By: Padin June 26, 2024 @ 1:50pm

Tampilkan Single ‘La Ila Ha Ilallah’ Bertemakan Zikir, Rafidah Ibrahim Lantang Perjuang Pal*stin

Lantang memperjuangkan isu Palestin membuatkan nama Rafidah Ibrahim sering menjadi perhatian pengikut sejak dahulu. Baginya, apa yang berlaku lepas umat Islam di sana merupakan satu bentuk penindasan yang tidak boleh diterima sama sekali.

Sebagai manusia biasa, hatinya bagai direnggut setiap kali melihatkan penindasan yang berlaku kepada penduduk di Gaza dan Rafah yang saban hari hidup dalam ketakutan.

“Sebab itu saya lantang memberikan pandangan dan menyebarkan kefahaman kepada mereka yang mengikuti saya melalui media sosial. Saya ambil ini sebagai tanggungjawab bukan untuk diri sendiri semata-mata tetapi juga untuk seluruh umat Islam bagi menyokong Palestin.

“Saya mahu kita bersatu hati bukan sebagai rakyat Malaysia sahaja, sebaliknya sebagai komuniti sejagat bagi menghantar isyarat kepada dunia yang kita peduli kepada mereka yang menjadi mangsa kekejaman ini,” kata ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi.

Mesra disapa dengan panggilan Fida, dia memahami ada segelintir rakyat Malaysia yang masih kurang memahami apa yang berlaku dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memberikan kefahaman agar mereka memahami dengan lebih jelas situasi di sana.

Atas sebab itu, Fida sentiasa memberikan kefahaman melalui video yang dimuat naik melalui akaun media sosial miliknya agar timbul kesedaran tentang Palestin berterusan dan bukan sekadar ‘hangat-hangat’ semata-mata.

“Apa yang menggembirakan saya apabila melihat ramai bukan Islam mula faham situasi di sana dan memberikan sokongan kepada Palestin. Ini membuktikan kita berjaya bersatu hati hasil daripada usaha semua pihak,” tambahnya lagi.

Mengulas mengenai perkembangan terbaru pula, Fida baru sahaja melancarkan lagu zikir berjudul La Illah Ha Ilallah yang juga merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Hazmi Fahim.

Mengakui teruja dan dalam masa yang sama berdebar menantikan reaksi peminat sementelah sudah lama tidak merakamkan lagu baharu, dia gembira dapat merakamkan lagu zikir yang pastinya memberikan seribu satu ketenangan kepada mereka yang mendengarnya.

“Saya mahu kita semua membasahkan lidah dengan alunan zikir bila kali diberikan peluang merakamkan lagu ini. Ini peluang yang baik untuk kita sama-sama berselawat dan berzikir memuji Tuhan yang satu.

“Sebenarnya apabila saya dikurniakan cahaya mata, saya mahu memperdengarkan lagu zikir ini kepada anak. Jadi, saya berharap mana-mana ibu bapa yang lain memperdengarkan kepada anak-anak mereka. Selain memenangkan hati lagu ini juga memberikan pahala kepada mereka yang sama-sama berselawat,” tambahnya lagi.

Pun begitu, Fida tidak dapat melupakan kenangan saat merakamkan La Illah Ha Ilallah memandangkan dia sedang sarat mengandung lapan bulan. Walaupun sedikit mengah ketika proses rakaman, semuanya dapat dilakukan dengan baik.

“Sebenarnya lagu ini dirakamkan sebanyak dua kali selepas saya melahirkan anak. Ada beberapa penambahbaikan perlu dilakukan memandangkan ada masalah sebutan beberapa perkataan Arab yang terapat dalam lagu ini.

“Sebenarnya saya sudah melakukan ulang kaki tentang sebutan Arab ini melalui kelas mengaji secara online melalui platform TikTok. Ramai yang membantu memperbetulkan sebutan dan saya amat hargai peranan mereka ketika itu selain bimbingan daripada Ustaz Aidil (NAQO) yang banyak membantu,” kata duta kepada Bidadari Bootcamp ini lagi.

Untuk rekod, La Illah Ha Ilallah yang merupakan terbitan Sheikh Qalam Records dengan kerjasama Sony Music Entertainment Malaysia sudah pun dilancarkan secara rasmi pada 7 Jun lalu disemua pelantar digital. Lirik video lagu ini boleh ditonton melalui YouTube Sony Music Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Sep 2019

Belum Mula Dah Kena Kritik?

Belum lagi menjalani penggambaran filem biopik Hasmah, sudah pun kedengaran suara-suara tidak puas hati daripada beberapa anak seni tempatan. Antara yang sampai ke telinga apabila ada pihak tidak berpuas hati dan persoalkan kenapa pengarah filem itu […]

Featured Tue, 25 Oct 2022
Featured Wed, 24 Aug 2022

#WhazzupNetizen: Jabatan Penjara Nafi DS Najib Diberi Layanan Istimewa, Gaya Sekumpulan Lelaki Pakai Baju 70-an Tarik Perhatian, & Ramai Guru Sakan BerTikTok Dikecam

Bukan guys, tu gambar sel penjara di Switzerland 🤭 Fuhh style la abg abg pakai baju tema retro ala-ala 70 an! 🔥🤩 Guru kuat bertiktok ni macam dah jadi trend kan? 🥲 Tiga topik menarik dalam #WhazzupNetizen minggu ini!

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

Chacha Maembong Mengaku Dirinya Memang Liar!

Chacha berharap peminatnya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kerjaya dan hidupnya. Walaupun sering dikecam, Chacha juga bersyukur kerana peminat masih menerimanya dalam dunia hiburan tanah air. Tanpa peminat, Chacha takkan mampu pergi sejauh ini.

Featured Tue, 13 Sep 2022

Syukur Konsert Faztival Dapat Sambutan Hangat, Fazura Raih 2 Pengiktirafan Malaysia Book of Records!

Tahniah Fazura!!! Dengar kata akan ada next Faztival Fazura 😍🔥

Hiburan Thu, 6 Oct 2022