Hiburan By: Padin February 11, 2023 @ 9:43am

Tangguh Hasrat 2 Tahun… Penyanyi Kacak Kelahiran Brunei, Rizal Rasid Kembangkan Karier Di Malaysia

Penyanyi kacak kelahiran Brunei, Rizal Rasid hadir dengan single berjudul Nadi.

Karya yang mengangkat genre pop santai ini adalah hasil ciptaan barisan komposer terkenal, John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Omar K dan diterbitkan oleh Warner Music Malaysia.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya single pengenalan saya di Malaysia terlaksana. Hampir dua tahun penantian saya sehingga ke hari ini, gara-gara pandemic Covid-19 yang melanda dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan sedikit-sebanyak membantutkan pergerakan saya dari Brunei ke Malaysia, kini setelah segala-galanya beransur pulih dapatlah saya melaksanakan projek yang tertunda setelah sekian lama,” jelas jejaka berusia 28 tahun ini.

Perjalanan seni Rizal bermula sekitar tahun 2013 lagi dan ramai tidak menyangka bahawa mantan pramugara Royal Brunei Airlines ini sebenarnya seorang yang pemalu.

“Sejujurnya saya sangat pemalu untuk ‘perform’ di depan orang ramai, ‘outlet’ saya untuk meluahkan perasaan adalah melalui platform SoundCloud dengan memuatnaik lagu-lagu ‘cover’ dan dari situlah bakat saya mula dikesan bukan sahaja di Brunei, sehingga ke Malaysia dan akhirnya dilamar oleh Warner Music Malaysia.

“Sebelum ini saya sering menyanyikan lagu-lagu bergenre R&B dan balada, kini saya mahu mencabar diri dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis muzik lain sehingga menemui diri saya yang sebenar secara muzikal kerana bahasa muzik itu universal dan meluas.

“Pertama kali mendengar demo lagu ini saya terus terpikat dengan melodinya yang sangat ‘chill’. Nadi mengisahkan tentang perasaan cinta terhadap seseorang yang sangat dalam sehingga membuatkannya berada di awangan kerana terlalu mengikutkan perasaan.

“Walaupun terkadang cinta tidak dibalas tetapi cukup hanya berperasaan begitu bak nadi dan hakikatnya sakit rasanya apabila cinta diterima, namun cukup hanya diri sendiri yang merasakannya,” katanya.

Selain single, sebuah video muzik (MV) turut dihasilkan serentak dengan jalan cerita yang ringkas dan konsep yang romantik, tapi yang menariknya ada ‘plot twist’ di penghujung MV tersebut, kalau hendak tahu lebih lanjut jangan lupa menontonnya di laman YouTube.

“Saya berharap agar Nadi dapat diterima ramai, memandangkan ini merupakan ‘debut’ saya di Malaysia, saya mengharapkan sokongan anda semua sehingga membuatkan lagu ini jadi pilihan ramai,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Nov 2019

云顶户外主题乐园即将营业!号召全国演艺人参与开幕仪式

如果您是一个充满热情、活力及拥有非凡才艺的表演者,云顶世界需要您!

Hiburan Thu, 8 Aug 2019

It’s A Boy…Tahniah Shima Anuar Timang Anak Kedua!

Alhamdulillah…tahniah Shima Anuar & suami!

Hiburan Fri, 4 Jan 2019

TAHNIAH! Izreen Azminda Kini Hamil

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2013 itu turut berkongsi sekeping gambar memaparkan imbasan ultra bunyi bayi di kapsyen berkenaan.

Drama Wed, 25 Jan 2023

[VIDEO] Tak Tahu Melur Untuk Firdaus Ada Musim Ke-2, Peminat Teruja Nak Lihat Kemesraan Anna Jobling & Meerqeen!

Alahai comel je pasangan Meerna ni buat Tiktok pakai baju tidur. Apa2 pun, tak sabar lah nak tunggu Melur Untuk Firdaus 2!

Hiburan Fri, 14 Dec 2018
Hiburan Sun, 6 May 2018

Tasha Tetap Jadi Diri Sendiri!

Saya tahu diri saya macam mana dan ini antara saya dengan Tuhan. Saya tetap sama…

| Live TV