Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 19, 2024 @ 3:54pm

Tanggung Rugi RM70,000, Siti Jamumall Kahwin Di Thailand Demi Cepatkan Nikah Dengan Aiman Tak Kisah

Pempengaruh, Siti Jamumall menjelaskan dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan jejaka bernama Aiman Tak Kesah di Thailand pada 1 Jun kerana mahu mempercepat pernikahan dengan pilihan hati.

Siti atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahiddin, 25, berkata keputusan tersebut diambil kerana proses dokumentasi perkahwinan di Malaysia lazimnya mengambil masa yang lama.

“Ramai orang tak tahu saya sebenarnya perlu terbang ke Dubai selepas batalkan perkahwinan dengan bekas tunang pada 31 Mei lalu.

“Sebagaimana yang orang tahu, urusan dokumentasi untuk berkahwin mengambil masa yang lama di sini.

“Bagaimanapun, saya tidak galakkan orang ramai untuk berkahwin di luar negara seperti apa yang saya lakukan tetapi apa salahnya kahwin di luar Malaysia.

“Namun, saya sudah memberitahu keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya pada sesi sidang akhbar tergempar penjelasan perkahwinan mereka.

Siti mengakui dia tidak menyimpan sebarang dendam dan tidak peduli perlu menanggung kos kerugian sebanyak RM70,000 meskipun pernikahan tersebut tidak berlaku.

“Memang benar, saya kerugian hampir RM70,000 yang meliputi kos keseluruhan majlis termasuk tempahan dewan, makan dan sebagainya.

“Saya buat keputusan untuk batalkan walaupun dua hari lagi majlis berlangsung. Keputusan tidak dibuat secara terburu-buru dan saya sudah melakukan solat istikarah.

“Bagi saya siapa kita nak halang takdir, Allah yang tetapkan. Sebelum ini selalu dengar cerita orang lain hadapi dugaan bercinta dengan orang lain tetapi berkahwin bersama orang lain, siapa sangka perkara tersebut terjadi kepada saya,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, ibu anak dua itu menjelaskan dia sudah menghantar borang pendaftaran pernikahan di sini, serta bersedia untuk membayar denda.

Sementara itu, setelah berbincang dengan kedua belah pihak keluarha, suaminya Aiman atau nama lengkapnya Khairul Aiman Ahmad Kudus, 21, memaklumkan mereka akan mengadakan majlis resepsi mereka.

Terdahulu, Siti dijadualkan bakal bernikah dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya pada 31 Mei lalu namun terpaksa dibatalkan saat akhir atas faktor peribadi.

Difahamkan, segala persiapan juga sudah dibuat termasuklah memberikan kad jemputan kepada semua tetamu.

Sekadar info, Siti pernah berkahwin sebelum ini namun bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4, dan Putra Aiman Zafran, 2.

Artikel berkaitan: Kahwin Kali Kedua, Siti Jamumall Nikah Di Thailand

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Dec 2021

3 Tahun Berkahwin, Shila Amzah Fail Cerai

Penyanyi Shila Amzah, 31, mengejutkan ramai dengan berita dia sudah memfailkan perceraian dengan suami, Haris Idraki Elias. Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaru di Instagram miliknya pada Selasa. […]

Featured Fri, 23 Aug 2019

ABPBH32: Jom undi untuk Pelakon TV kegemaran anda!

Hantarkan undian anda di www.abpbh.com.my sebelum 15 September.

Hiburan Wed, 19 Jul 2023
Featured Wed, 7 Apr 2021

Datuk Ramli MS Bakal Muncul Dengan Panggung Tok Ram

Kredibiliti pencinta muzik ternama tempatan, Datuk Ramli MS dalam dunia seni tidak dapat disangkal lagi dalam industri tanah air. Datuk Ramli MS akan muncul dengan Panggung Tok Ram iaitu sebuah platform yang dicetuskan untuk mencari […]

Selebriti Fri, 7 Jul 2023
Featured Fri, 4 Mar 2022

#RoadToAJL36 – Persembahan Paling Win Sepanjang AJL

Wow! Masih hangat ‘membara’ persembahan AJL yang lepas kan

Selebriti Mon, 15 Aug 2022

Anjur Majlis Ilmu, Linda Rafar Syukur Ramai Rakan Artis Hadir

Pelakon dan penyanyi Linda Rafar telah menganjurkan satu majlis ilmu dan ramah mesra bersama penceramah terkenal Ustaz Wadi Annuar, baru-baru ini. Dalam perkongsian di laman Instagram, Linda memanjatkan rasa syukur kepada Allah atas penganjuran majlis […]

Featured Wed, 18 Jan 2023

“Fasha Sanda Hamil? Tambah Zuriat Itu Ada Dalam Perancangan Kami” – Aidil Aziz

Aamiin… Kita merancang, Tuhan yang menentukan🧡🧡🧡

Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Sat, 19 Oct 2019

‘Janganlah Cepat ‘Melantun’ Kalau…- Scha Al-Yahya

Pesan Scha, ‘Jangan ikut perasaan’