Hiburan By: SGMS Enal July 5, 2019 @ 11:00pm

Tanya Soalan Kepada Bekas Isteri, Aliff Aziz Didakwa Cari Publisiti?

“ Apa lagu kegemaran awak? Saya punya current favourite song is Hanya Rindu by Andmesh Kamaleng,” tulis penyanyi Aliff Aziz yang mengejutkan netizen selepas meninggalkan komen di sosial media bekas isterinya, Bella Astilah.

Namun begitu, Bella dilihat tenang menjawab salam dan. pertanyaan bekas suaminya penyanyi Aliff Aziz ketika membuat siaran langsung di Instagram juga mencuri perhatian netizen.

Bella turut meminta Aliff menyanyikan lagu Indonesia Hanya Rindu nyanyian Andmesh Kamalan yang menjadi lagu kegemaran bekas suaminya itu ketika ini

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan pengikut Instagram berkaitan peluang kedua kepada Aliff, Bella berkata, setiap keputusan untuk memberi peluang adalah mengikut kemampuannya sendiri tanpa desakan mana-mana pihak.

“Tak kisah lah berapa peluang sekalipu… kalau rasa kita mampu maafkan orang, kita maafkan. Tak perlu dengar cakap orang.

“Cuma biasalah, setiap manusia ada tahap kesabaran masing-masing.

“Walaupun 10 kali buat hal… semuanya terpulang pada diri kita sendiri,” ujarnya.

Sebilangan besar pengikut Bella memuji ketabahan wanita itu sepanjang bergelar isteri Aliff Aziz malah masih mengekalkan sikap positif sehingga kini.

Walau bagaimanapun, ada yang menyifatkan Aliff sengaja mahu mencari publisiti dengan bertanyakan soalan begitu kepada Bella.

Hurm, pendapat masing-masing kan? Apapun, kita doa yang baik-baik untuk mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Feb 2024
Trending Wed, 1 Jun 2022

Mesin Air Mineral Beroperasi Tanpa Lesen Dipenuhi Najis Cicak Dan Serangga

Tahap kebersihan mesin air mineral sangat teruk sehingga terdapat najis cicak dan serangga.

Featured Tue, 3 Oct 2023

Rumah Tangga Didakwa Goyah, Haqiem Rusli Pilih Berdiam Diri – “Hidup Ni Bukan Berpandukan Media Sosial”

Setuju kata Haqiem! Tak semua benda kita nak post & tunjuk kat soc med kan?

LIFESTYLE Sat, 19 Jan 2019

6 Makanan Ini Dilarang Makan Mentah

6 Makanan Ini Dilarang Makan Mentah Kerana Bahaya Pada Tubuh

Hiburan Sat, 2 Jun 2018

Shuib Gembira Melihat Perubahan Siti Sarah

Shuib mengakui gembira melihat perubahan isterinya, Siti Sarah Raisuddin yang kini perlahan-lahan berhijab

Selebriti Thu, 4 Jan 2024
Hiburan Sat, 22 Jun 2019

原腾凭电影《乐园》上海勇夺新人影帝

第22届《上海国际电影节亚洲新人奖》原腾首尝影帝滋味!两届影帝陈泽耀秦勇「王见王」同台飙唱。