Hiburan By: Ad Ops April 4, 2018 @ 10:34am

“Tapi Semua Itu Hanya Tinggal Kenangan”- Ifa Raziah redha

Terkenal dengan telatahnya yang menghiburkan, penyanyi dan pelakon, Ifa Raziah, 43, masih bertenaga dalam dunia hiburan tanah air.

Menerusi akaun Instagramnya @ifa_raziah, beliau ada berkongsi rasa rindu terhadap arwah ibu yang telah pergi menghadap Ilahi. Arwah ibu Ifa telah meninggal dunia pada tahun 2010 di Hospital Kangar kerana komplikasi buah pinggang. 

Ucapan sempena hari lahir arwah ibunya itu cukup bermakna dan menyentuh hati. Dalam ruangan caption tersebut menunjukkan Ifa masih teringat akan arwah ibunya.

Happy Birthday Mak Harini 4hb April 2018 Rindu sgt pd Mak..Nak peluk mak..nak cium mak..nak bau badan mak..Nak dgr mak berleter..Nak mkn masakan Mak..Nak Mak suapkan makanan dlm mulut..Nak Bwk Mak pegi Shooping..Nak hadiahkan Mak Brg Kemas..Nak bwk Mak pergi Holiday..Nak bawak Mak pergi Mekah..

Ifa juga meminta follower dan peminat mendoakan kesejahteraan arwah ibunya.

tapi semua itu hanya tinggal kenangan..Mak dah tiada lagi di dunia ini..Hanya Doa dan Restu Mak yg masih tersemat di ingatan ipah ini sampai bila2..Al Fatehah buat Roh Mak semoga dicucuri Rahmat dan di tempatkan bersama org2 yg beriman.. Aamin.. Love u & miss U..MAK”

Kiriman ini mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata turut bersimpati dengan Ifa Raziah. Ada juga yang turut berkongsi perasaan rindu terhadap ibu-bapa masing-masing yang telah meninggal dunia. 

Diharap Ifa tabah dan sentiasa kuat. Semoga arwah ibu Ifa ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. 

Ditulis oleh: Nur Nasuha

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Jan 2020

Terbaiklah! Kak Lina Pom Pom Disambut Meriah Di Kuala Krai

Dia sekeluarga juga meluangkan masa selama lebih dua jam untuk beramah mesra bersama tetamu yang hadir.

Cahaya Mata Wed, 24 May 2023

Maryam Durian Kimchi Keguguran Anak Kedua – “Kami Percaya Dengan Takdir & Perancangan Allah…”

Allahuakbar… berat ujian Ryzal dan Maryam 😢😢 Insya-Allah, ada rezeki lain suatu hari nanti ❤️

LIFESTYLE Thu, 12 Apr 2018

8 Misconceptions About Botox Debunked by an Aesthetic Doctor

It’s not as bad as we all think it is.

Hiburan Mon, 30 Sep 2019
Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Ziana Zain Mengaku Tak Pernah Dikasari Fizikal Tapi…

Sebagai isteri, kalau boleh saya mahu selamatkan rumah tangga tetapi kalau Tuhan berkata Kun Faya Kun terhadap sesuatu perkara, maka jadilah ia… Tabah ya Kak Ziana, Insha Allah ada pengakhiran terbaik!

Featured Sat, 22 Oct 2022

Tak Terganti Dedikasi Farahdhiya Buat Arwah Ayah Tercinta

Selepas 18 tahun berkecimpung dalam bidang hiburan, penyanyi dan pelakon Farahdhiya atau lebih mesra disapa Farah mencipta sendiri lagu Tak Terganti. Didedikasikan untuk seseorang yang istimewa, lagu tersebut disifatkan cukup dekat di hati. “Ramai sebenarnya […]