Hiburan By: SGMS Faida March 19, 2019 @ 6:17pm

‘Tarik Diri Bukan Gimik Murah’- Neelofa Mahu Beri Peluang Kepada Selebriti Lain

Pasangan pengacara popular, Neelofa dan Nabil mendedahkan penarikan diri daripada senarai pencalonan Anugerah Meletop Era 2019 (AME 2019) bukan mahu mencipta gimik.

Menurut Neelofa yang sudah lima tahun mengacara rancangan bual bicara berkenaan, dia dah Neelofa sudah sepakat untuk mencari pembaharuan seterusnya memberi ruang kepada artis baharu.

“ Dengan penerimaan jumlah rating seperti tahun sebelum ini, saya tidak rasa AME 2019 memerlukan gimik murahan untuk menarik jumlah penonton.

“ Masa kami buat keputusan, kami ada fikir juga macam mana kalau dorang sudah mengundi kami di saringan pertama. Tetapi selepas berbincang dengan pihak warga Meletop, mereka akur. Ini waktu terbaik untuk kami undurkan diri,” kata Neelofa.

Manakala Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad memaklumkan pihaknya menerima keputusan dua pengacara ini dengan hati terbuka.

“ Ini merupakan bukan keputusan terburu-buru mereka. Hal ini sudah dibangkitkan beberapa kali sebelum ini.

“ Saya anggap ini sebuah keputusan matang daripada mereka dalam masa sama AME kali ini memberi peluang kepada selebriti lain untuk bertanding,” katanya.

Sementara itu, pengacara Jihan Muse turut diumumkan sebagai pengacara pada malam anugerah itu nanti.

AME 2019 bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 21 April depan.

Wartawan: SGMS Fas / Nabil

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Jan 2020
TECH Wed, 16 May 2018

Harga Langganan Untuk Khidmat Storan Google Kini Lebih Berpatutan

Google One yang terbaru dan terkini dari Google , apa yang menarik tentang Google One kenalah baca

Featured Tue, 6 Dec 2022

Aksi Dua Jejaka Genggam Tangan Di Masjidil Haram Raih Perhatian – “Bila Takut Terpisah Dengan Sahabat”

Pempengaruh, Kimi Keon dan sahabatnya Zafir Karipap tular di media sosial kerana aksi mereka berpegangan tangan semasa mengerjakan ibadah Umrah. @kimikeonjadikanlah kami semua ini sahabat dunia akhirat ya Allah 🥹❤️ ♬ bunyi asal – a.jamil85 […]

Featured Wed, 15 Mar 2023
Hiburan Mon, 24 Sep 2018

Tak Kisah Kalau Radio Tak Main Lagu Saya, Janji…

Jujurnya, saya tak kisah apakah mereka (stesen radio) mahu putar atau tidak lagu saya. Bukan merajuk tapi…

error: Content is protected !!