Tasha Shilla Selamat Bersalin Bayi Kedua, Pilih Nama Nyla Kaadira

Pelakon, Tasha Shilla selamat melahirkan bayi kedua seberat 3.19 kilogram menerusi kaedah pembedahan sekitar 10.37 pagi semalam.

Memetik laporan Harian Metro, berita gembira itu dimaklumkan suami Tasha, Atiq, dimana proses pembedahan yang memakan masa 45 minit itu berjalan lancar. Malah, Tasha dan bayi juga berada dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah
Tasha selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi secara pembedahan. Bayi dan Tasha juga berada dalam keadaan baik.

“Syukur kerana pembedahan selama 45 minit itu juga turut berjalan dengan lancar. Malah, saya juga berada di dalam bilik pembedahan untuk menemani Tasha.

“Saya berterima kasih kepada doktor kerana banyak memberikan penjelasan bagi memudahkan urusan pembedahan,” kata Atiq.

Tasha dan suami juga telah memilih nama Nyla Kaadira buat cahaya mata kedua mereka.

Tasha atau nama penuhnya Natasha Sheila Abdul Razak, 35, sebelum ini memaklumkan bakal melahirkan cahaya mata kedua secara pembedahan.

Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020.

Selain Nyla, pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata lelaki Raeez Zander, 1.

Sumber: Harian Metro

Khairil Khusyairi