Featured By: Attiqah Mohd September 1, 2021 @ 4:28pm

“Taubatlah, Allah Nampak Apa Yang Kita Buat”- Fazura Rayu Penipu Bertaubat

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mengakui terkilan apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat dengan menipu menggunakan jenama tudungnya.

Menerusi Instagram Story Fazura yang dikongsikan beberapa jam lalu, aktres filem Senario XX itu telah memuat naik bukti perbuatan jahat individu terbabit.

Difahamkan, penipu itu sebenarnya sudah melakukan perbuatan jahatnya sejak beberapa bulan lalu, namun semakin mengganas sejak akhir-akhir ini.

“Dia dah ambil banyak duit orang. Dia gunakan bahan macam katalog untuk menipu dan ramai yang terpedaya. Caranya, dia pujuk pelanggan dengan mengatakan stok masih ada walaupun sebenarnya koleksi yang didakwanya itu sudah lama kehabisan stok.

“Kemudian dia minta pembeli membayar dengan cara transaksi sebelum menyekat nombor semua pelanggan yang selesai membuat bayaran,” dedahnya.

Fazura turut merayu agar pelaku itu segera memulangkan kembali duit pelanggannya dan berharap agar pelaku tersebut bertaubat.

“Saya tak tahulah apa awak rasa bila menipu orang. Siap ada gambar konon sedang membungkus parcel. Sedangkan orang mengharapkan untuk dapat tudung itu dan pakai.

“Duit semua orang tu, ingat percuma ke? Semua orang bekerja untuk dapatkan duit. Ada yang nak beli tudung ni, semua tak dapat. Waktu-waktu macam inilah awak nak buat kerja sebegini kan.

“Taubatlah, tolonglah. Kalau ada rasa bersalah dalam hati awak, tolonglah bertaubat. Pulangkan semula duit pelanggan dan ejen-ejen saya,” katanya lagi.

Artikel berkaitan : 80,000 Helai Terjual Dalam Masa Satu Hari, Fazura Sebak Gara-Gara…

Terdahulu, Fazura meluahkan rasa bersyukur dan terharu apabila tudung jenamanya yang dijual dengan harga RM27  berjaya terjual sebanyak 80,000 helai dalam tempoh beberapa jam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Hael Husaini Lancar Single ‘Hari Ini’

Wow! Min dah tengok dah mv lagu ni. Peminat Hael jangan makan hati pulak ye!

Trending Tue, 22 Jun 2021

“Ia Mencabar Mental…” – Hisyam Hamid Hampir Setahun Terpisah Dengan Anak-Anak

Pelakon Hisyam Hamid mendedahkan sudah hampir setahun dia tidak berjumpa dengan anak-anaknya yang berada di Singapura. Terpisah kerana tuntutan kerjaya di Kuala Lumpur, Hisyam tidak dapat menyembunyikan perasaan rindu terhadap isteri dan anak-anaknya.   View […]

Trending Fri, 18 Dec 2020

100% Sah! Safawi Rasid Kembali Ke Pangkuan JDT Tahun Depan

Semoga Pawi dapat mencipta banyak lagi rekod untuk tahun 2021

Hiburan Tue, 24 Jul 2018

八度空间稳坐收视第一中文电视频道

八度空间一直为观众提供最创新、最优质电视节目,今天八度空间再度捎来好消息,在2018年的上半年再度创下全马无线电视与收费电视收视总冠军,稳坐收视第一中文电视频道!

Drama Tue, 14 Feb 2023
Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Termuntah Atas Tunang, Meghan Trainor Serik

“Tunang sedang memandu dan saya tiba-tiba muntah ke atasnya,” kata Meghan Trainor ketika menghadiri sesi bual bicara The Talk, baru-baru ini.

Selebriti Thu, 26 Oct 2023
Trending Sun, 11 Mar 2018

Top 8 Craziest Things Malaysian Kids Used to Do When Our Parents Weren’t Home

When our parents are not at home, we kids rule the house!