Featured By: Attiqah Mohd August 25, 2021 @ 6:01pm

Taufik Hidayat & Lee Chong Wei Enggan Dedah Nama Individu Tawar Rasuah Perlawanan Sukan Asia Doha

Jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat, semalam membuat pendedahan yang mengejutkan apabila memberitahu terdapat cubaan mempengaruhi perlawanan dengan bayaran wang pada Sukan Asia Doha 2006 antara dirinya dan Lee Chong Wei dari Malaysia.

Menerusi temubual di sebuah stesen televisyen Indonesia, Taufik mengatakan dia telah ditawarkan 400 juta rupiah (RM117,000) oleh seorang ‘pegawai pasukan Malaysia’ untuk kalah dalam pertandingan separuh akhir Sukan Asia Doha 2006.

Difahamkan, jumlah wang itu juga katanya dua kali ganda dari hadiah yang dijanjikan kerajaan Indonesia sekiranya dia memenangi pertandingan

Mengakui terkejut dengan berita itu, Lee Chong Wei memberitahu yang dia pantas menghubungi Taufik untuk bertanyakan tentang hal tersebut.

“Sejujurnya, saya tidak tahu mengenai perkara ini. Saya terkejut ketika orang mula menghubungi saya hari ini.

“Taufik adalah kawan saya, jadi saya segera menghubungi dia. Dia memberitahu saya apa yang telah berlaku.

“Syukurlah bagi orang-orang seperti Taufik dan saya, maruah negara sentiasa diutamakan,” katanya.

“Saya percaya kita semua harus ke hadapan. Saya tidak mahu menamakan atau memalukan sesiapa,” katanya lagi.

Menurut laporan akhbar News Straits Times, pegawai tersebut dipercayai bekas pemain pasukan kebangsaan.

Chong Wei walau bagaimanapun tidak berhasrat untuk menamakan individu terbabit yang didakwa cuba mempengaruhi perlawanannya dan Taufik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Uqasha Senrose Akui Berat Bertambah Kerana Watak

Berat badan naik, Don’t care!

Trending Sat, 7 Apr 2018

Bekas Teman Lelaki Kylie Jenner Gesa Buat Ujian DNA, Percaya Stormi Adalah Anaknya

Kylie digesa membuat ujian paterniti (DNA) selepas bekas teman lelakinya, penyanyi rap Tyga menuntut Kylie berbuat demikian kerana merasakan bayi yang diberi nama Stormi itu sebenarnya adalah anaknya.

Featured Sat, 13 Aug 2022

[VIDEO] “Kesian Tengok Muka Menahan Malu..” – Netizen Sedih Kak Long 7E Diperlakukan Seperti Lembu?

Aduhai, sanggup pula tu Kak Long 7E jadi macam tu 🥲 Netizen simpati tengok Kak Long, mungkin terpaksa terima sebab terdesak 😣

Hiburan Thu, 30 Jan 2020

“Babi Punya Kontraktor!” -Che Ta Mengamuk Rumah Tak Siap

Mana tak marah kalau dah dua tahun tunggu??

Hiburan Mon, 15 Jul 2019

Taktik Sedih Aliff Aziz Dah Tak Laku, Kini Muncul Dengan Makwe Baru Pula?

Opss! Ramai juga yang kecoh pasal benda ni kan?