Tayang Cincin Di Jari, Hubungan Cinta Zarina Anjoulie & Khazrul Kembali Bertaut?

Umum mengetahu mengenai ikatan pertunangan pelakon Zarina Anjoulie dengan jejaka yang dikenali sebagai Datuk Khazrul Elzey telah terlerai.

Namun begitu, selepas berpisah mereka dilihat saling berbalas kenyataan di media sosial sehingga menceritakan isu yang dianggap sebagai aib.

Walaubagaimanapun, mereka akhirnya membuat keputusan untuk berdamai apabila keluarga masing-masing membuat pertemuan, namun menjelaskan hubungan mereka kini hanya sebagai kawan.

Terbaru, menerusi TikTok Story Anju, dia memuat naik sekeping foto yang dilihat memakai sebentuk cincin bersama sekuntum bunga ros merah.

Susulan itu, ramai yang mendakwa bahawa hubungan Anju dan bekas tunangnya itu kembali terjalin.

Lebih menguatkan dakwaan, anak kepada Khazrul meninggalkan komen berbentuk gembira pada foto tersebut.

“Yeayyyyy” komennya ringkas.

Artikel Berkaitan: “Harap Kita Boleh Berdamai” – Anju Minta Maaf Pada Bekas Tunang

Artikel Berkaitan: Saling Berbalah Di Instagram, Bekas Tunang Bongkar Perbuatan Toksik Zarina Anjoulie? – “Gambar B*g*l Bersepah!”

Artikel Berkaitan: “Kalau Sayang Lagi, Jadi Gentleman” – Zarina Anjoulie Minta Khazrul Henti Ulas Isu, Dedah Putus Tunang Gara-Gara…

Artikel Berkaitan: Zarina Anjoulie Beri Penjelasan Isu Bekas Tunang Sponsor Pagar Rumah Berharga RM100,000!

Atiqah Johari