Categories: HiburanTrending

Tayang Gambar Anggun Bertudung Putih Di Samping Lelaki, Atikah Suhaime Sudah Berkahwin?

Pelakon Atikah Suhaime menepis dakwaan yang menagatakan dia sudah melangsungkan pernikahan dengan kekasihnya, Datuk Lokman Teh.

Baru-baru ini, pemilik nama sebenar Nur Atikah Mohd Suhaime itu dilihat memuat naik gambar dia dan kekasihnya di hadapan sebuah masjid.

Perkongsian gambar di laman Instagram miliknya itu mendapat banyak respons dan salah tanggapan warganet.

Ekoran ramai yang mendakwa dia sudah melangsungkan pernikahan dengan Lokman, Atikah tampil memberi penjelasan.

“Itu gambar kami hadir kursus perkahwinan di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Atikah yang bertudung putih dan berbaju kurung biru muda berada di samping Lokman berlatar belakang masjid berkenaan turut menyertakan emoji hati pada hantaran itu.

Dalam pada itu, Atikah yang telah bertunang dengan jejaka tersebut dua bulan lalu meminta pengguna media sosial mendoakan agar segala urusan pernikahan mereka dipermudahkan.

“Terima kasih kepada semua pengikut dan rakan-rakan kerana mendoakan kami. Insya-Allah kami rancang untuk nikah pada Januari tahun depan,” ujarnya lagi.

Sumber : Harian Metro

Syamir Shafie