Hiburan By: Del14 October 14, 2019 @ 2:21pm

Tayar Pecah, Kereta Hampir Berpusing..Nine Bersyukur Semuanya Selamat

Siapa yang tak cemas kalau kereta kemalangan dan ahli keluarga tersayang pula berada dalam kenderaan pada waktu itu?

Itulah yang terjadi kepada penyanyi, Meor Zulkarnain Mohd Zamhuri atau lebih dikenali sebagai Nine baru-baru ini apabila tayar keretanya meletup dan kereta hampir berpusing. 

“Allahu Rabbi…Syukur Alhamdullillah tak ada apa-apa.

“Tadi dalam perjalanan nak pergi hantar isteri dan anak-anak ke lapangan terbang.. tengah di laluan kanan, tetiba tayar meletup…

“Nasib baik masih mampu kawal kereta…sebab dah hampir-hampir nak berpusing…Haish… Syukur Alhamdullillah tak jadi apa-apa,” tulis Nine. 

Penyanyi kumpulan duo Billy Zulkarnain ini berkongsi  insiden itu serta turut memuat naik gambar tayarnya di akaun Instagram miliknya. 

Menurut Nine juga, keadaan tayar yang pecah itu rosak sama sekali dan kemungkinan sudah ‘reput’.  Di ruangan komen, ada yang menasihatkan Nine untuk memeriksa tayar-tayar yang lain kerana mungkin sudah ‘tamat tempoh’. 

Rata-rata pengikutnya turut bersyukur kerana Nine sekeluarga selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan dan menasihatkannya supaya lebih berhati-hati. 

Nine mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 dah dikurniakan tiga orang anak lelaki. 

 
 
 
View this post on Instagram

3 Musketeers…

A post shared by Mior Zulkarnain Zamhuri (@nine.mike) on

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 27 Nov 2019
Hiburan Tue, 28 May 2019
Hiburan Thu, 11 Oct 2018

Raysha Rizrose Selamba Tayang Bentuk Buah Dada

Alahai, teruknya netizen sekarang kan?

Featured Sat, 22 Oct 2022

Tak Terganti Dedikasi Farahdhiya Buat Arwah Ayah Tercinta

Selepas 18 tahun berkecimpung dalam bidang hiburan, penyanyi dan pelakon Farahdhiya atau lebih mesra disapa Farah mencipta sendiri lagu Tak Terganti. Didedikasikan untuk seseorang yang istimewa, lagu tersebut disifatkan cukup dekat di hati. “Ramai sebenarnya

Featured Wed, 19 Oct 2022

“Apa Ni! Macam Lesen Lembu Je…” – Michael Ang Terkejut Rantai Emas Milik DSV, ‘Claim’ Hanya Kak KM Saja Sanggup Pakai

Pengarah terkenal Michael Ang kembali mencuri perhatian warganet apabila tular satu video yang menunjukkan dirinya terkejut dengan koleksi barang kemas milik Datuk Seri Vida (DSV). Umum mengetahui, walaupun hubungannya dengan Vida baik namun, itu tidak

Cahaya Mata Thu, 5 Jan 2023
Featured Tue, 8 Nov 2022

“Sama Cantik Sama Padan!” – Keserasian Iqbal Zulkefli & Wafariena Curi Tumpuan Netizen

Sudah sekian lama tidak mendengar khabar mengenai usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli di laman sosial. Sebelum ini sering menjadi bualan warganet gara-gara kontroversi percintaannya bersama usahawan terkenal, Datuk Seri Vida. Kini, dia kembali dengan memuat naik

Events Wed, 9 Oct 2019

Kenapa Akim Ahmad Sakit Hati Ni?

Wow! Netizen pun, nak tuduh tu biar lah berlapik okay

Selebriti Tue, 20 Feb 2018

DEBARAN MAKIN TERASA, TAHNIAH DYNAS!

Akui Dynas, dia gementar menunggu hari diijabkabulkan biarpun ini kali kedua buatnya. Tahniah Dynas, semoga semuanya berjalan lancar hendaknya, Insha Allah.

Events Fri, 29 Nov 2019

‘Tidak Adil Membuat Tuduhan’ – Neelofa

“Sebagai seorang adik, sudah tentu saya akan sokong berada di samping dia,” demikian kata pengacara terkenal, Neelofa berhubung kemelut rumah tangga kakaknya, Noor Nabila. Neelofa memberitahu tidak adil sekiranya orang luar menuduh dirinya campur tangan

| Live TV