Featured By: Dhia Iwana June 28, 2024 @ 12:44pm

Tebus Kekecewaan, Noraniza Idris Bangkit Dalam Konsert Qalam

Penyanyi popular yang terkenal dengan julukan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, 56, bakal menebus kekecewaan apabila tampil menemui peminatnya dalam Konsert Qalam Noraniza Idris yang akan berlangsung pada 27 hingga 29 September depan di Panggung Bangsawan, Melaka.

Kata Noraniza,  dia menyifatkan konsert Qalam ini sangat berbeza kerana ia bakal mengetengahkan konsep ‘konsert dalam pertandingan’ yang akan menghimpunkan kumpulan tarian etnik yang layak ke peringkat kebangsaan bagi mengiringi persembahannya.

Lebih menarik, koreografi bagi setiap persembahan untuk ketiga-tiga hari adalah berbeza kerana setiap persembahan akan diadili oleh juri pada malam konsert tersebut.

“Untuk Qalam Noraniza Idris, saya akan menghimpunkan lagu-lagu irama Malaysia termasuk genre etnik dan tradisional melayu. Tetapi apa yang berbeza dari konsert yang lain adalah saya tampilkan pendekatan baru dari segi koreografi persembahan.

“Sebabnya dalam 12 segmen, lapan segmen daripada persembahan saya dinamakan Kreatif Andani di mana ia akan diiringi peserta-peserta yang bertanding pada malam peringkat kebangsaan itu,” ulasnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Dikir Puteri mengakui, dia memikul tanggungjawab yang sangat besar bagi menaikkan muzik irama Malaysia selepas pemergian komposer terkenal, Allahyarham Pak Ngah.

“Saya rasa saya perlu buat sesuatu, irama Malaysia ini perlu ada penggerak yang berani ke depan. Sebelum ini kita ada Allahyarham Pak Ngah tetapi sekarang dia sudah tiada.

“Jadi siapa yang nak bangunkan muzik kita ini, tak kan kita nak menyerah begitu sahaja?

“Kalau ada orang lain yang boleh bawa irama Malaysia, saya sentiasa menyokong. Mungkin itu rezeki dia.

“Tetapi jika masih ada yang belum buat, mungkin masih ada harapan untuk saya lagi,”katanya.

Noraniza berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui XTRA pada sidang media Konsert Qalam Noraniza Idris yang berlangsung di Ideas Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, dia turut menyatakan hasratnya untuk meneruskan Konsert Malai Solo yang dibatalkan sejak dua tahun lalu.

“Sejujurnya saya masih berharap untuk realisasikan Konsert Malai Solo itu. Itu memang impian yang saya fikirkan sejak dulu lagi.

“Tetapi ia tak berjaya disebabkan dana yang tidak mencukupi dan nasib saya tak baik kene tipu dengan penaja-penaja. Mungkin belum rezeki saya di situ,” jelasnya.

Bagaimanapun, penyanyi ini bangkit menebus kekecewaanya dan ingin menjadikan konsert Qalam Noraniza Idris sebagai langkah besar untuk kembali semula dalam industri muzik tanah air.

Sekadar info, konsert Qalam Noraniza Idris ini akan dianjurkan oleh Tatih Seni Academy dengan sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dan kerjasama dari Jabatan Kesenian, Kebudayaan Negara (JKKN) Melaka.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket pada harga serendah RM 99 (Pakej Sawo matang), RM 149 (Pakej Ala Dondang), RM 199 (Pakej Masyhur) dan RM 249 (Pakej Seri Balas) di laman web www.ilassotickets.com bermula 27 Jun.

@xtra_my Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris bakal buat ‘konsert dalam pertandingan’ pada September depan. Bukan calang-calang Kak Ani kita🔥.. #fyp #xtramy #noranizaidris #iramamalaysia #beritaditiktok #sembangentertainment #konsert ♬ original sound – XTRA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Takziah… Ibu Afdlin Shauki Meninggal Dunia

Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan bahawa ibu tersayang kami Puan Fadzilah Jelani telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Isnin (15/10/2018), pukul 5.56 petang di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Featured Tue, 21 Mar 2023
Featured Wed, 19 Oct 2022

[VIDEO] Pakai Rotan Tak Jalan, Zarina Anjoulie Hentak Drum Sambil Ajar Anak Membaca Raih Perhatian!

Wowwww! Kreatifnya Anju, ibu ibu boleh guna cara ni jugaaa. Min terhiburrr 🤣🤣🤣

Trending Tue, 2 Jun 2020

KPT Rangka Penyelesaian Terbaik Isu Yuran Pengajian IPT

Semoga ada berita gembira buat semua pelajar

Trending Fri, 29 Nov 2019
Featured Tue, 9 Aug 2022

[VIDEO] Gara-Gara Kongsi Rakaman Azal Lamar Neera Azizi, Zarina Zainuddin Teruk Dihentam Netizen.. Ini Penjelasan Empunya Badan

Masing-masing ada pendapat sendiri tapi Zarina sebagai ibu lebih mengenali anaknya 😊 Azal pun faham dia tengah berlakon 😂

Featured Thu, 30 Apr 2020
Events Mon, 13 Nov 2017

SIAPAKAH 12 FINALIS YANG BAKAL  MEMONOPOLI PENTAS AJL32? NANTIKAN!

Setelah tiga minggu berturut – turut disiarkan secara langsung dari Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Keputusan final itu telah diumumkan oleh Pengacara Muzik-Muzik iaitu Sherry Al-Hadad dan Hefny Sahad.

Drama Wed, 17 Aug 2022

Zul Ariffin Undur Diri Berlakon Drama

Alaaaaa… tak boleh dah lah tengok abe Zul kat tv nanti ☹☹☹