Hiburan By: SGMS Faida August 16, 2018 @ 3:07pm

Beto Kusyairy Tak Anggap Dirinya Pelakon Komersial

Bukan setahun dua, pelakon Beto Kusyairy berada dalam industri lakonan. Bayangkan, Beto mula menempa nama sebagai maskot Along pada tahun 2001 diikuti dengan drama dan filem selepas itu. 

Tidak keterlaluan jika kami label beliau antara pelakon serius dan ‘mahal’ tanah air. Melihat kepada persembahan beliau dalam filem hebat seperti  Bisik Pada Langit, Istanbul Aku Datang, kami pasti anda juga setuju bukan?

Lakonan Beto dan Lisa Surihani Dalam Istanbul Aku Datang! 

Sebagai pelakon berkaliber, sudah tentu Beto sendiri tahu apa yang dimahukan dalam sesebuah tawaran dalam bidang lakonan.

“ Saya sangat pentingkan skrip. Sebelum menerima sesebuah tawaran, saya akan kaji dan lihat dulu sama ada skrip itu memiliki mesej tertentu untuk disampaikan. Saya akan pertimbangkan.

“ Saya tak anggap diri saya seorang pelakon komersial. Saya bekerja untuk sesebuah naskah. 

“ Buat masa sekarang, Alhamdulillah… saya masih bertuah kerana mampu memilih projek yang dirasakan membawa sesuatu untuk diketengahkan kepada khalayak,” katanya kepada xtra.com.

Beto juga memberitahu dia menjadikan pelakon lama seperti Sidi Oraza dan Datuk Haji Rahim Razali sebagai sumber rujukan dalam bidang ini.

“ Jangan salah anggap, saya tidak memilih karakter. Jika ditanya apa watak idaman, saya sendiri tiada jawapannya.

“ Ini kerana dalam dunia ini, ada macam- macam watak yang wujud. Baik atau hitam sesuatu watak itu, saya tak mampu untuk spesifik. Macam-macam ragam di dunia ini yang perlu kita faham dan teroka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Beto bakal muncul dengan drama bersiri terbitan Skop Production berjudul KL Gangster Underworld tak lama lagi. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Miley Cyrus Idam Cahaya Mata Tahun Ini

Auwww, mesti comel kan anak Miley & Liam ni nanti?

Hiburan Fri, 15 Nov 2019

Melly Goeslaw Unfollow Di Instagram, Rossa Tidak Mahu Panjangkan Isu Lagi

Semoga baik-baik saja buat Rossa dan Teh Melly…

Hiburan Sat, 10 Sep 2022
Hiburan Mon, 19 Jun 2023