“Temperature 40-41 Tak Turun-Turun Dah 2 Hari…” Anak Amyra Rosli dan Amar Baharin Demam Panas

Pelakon Amyra Rosli, atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 31, berkongsi tentang kesihatan anak perempuannya, Ayra Aryssa, 2, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, suhu badan anaknya mencecah 41 darjah celcius dan tidak turun-turun selama dua hari.

“Aryssa demam panas, temperature 40-41 tak turun-turun dah dua hari. Cepat sembuh anakku sayang,” tulis Amyra.

Selain itu, pelakon Amar Baharin yang merupakan suami kepada Amyra turut berkongsi berita yang sama di Instagramnya.

“Daddy sentiasa doa untuk adik cepat sembuh,” tulis Amar.

Perkongsian kedua-dua pelakon itu juga mendapat respons dari rakan-rakan artis lain yang turut mendoakan kesihatan anak mereka, Aryssa.

“Allahu Akbar, moga diberi kesembuhan,” tulis Elizad Sharifuddin.

“Ya Allah, semoga cepat-cepat sembuh, semoga badan kuat melawan sakit, semoga ceria dan selera ja makan ya baby sayang,” ucap Hanis Zalikha.

Terdahulu, Amyra Rosli terpaksa berehat daripada menjalani penggambaran sebuah drama kerana mengalami sakit sendi dan lebam di beberapa bahagian pada tubuhnya.

Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

Fatin Nurain