Tepis Dakwaan Hamil, Individu Tampil Beri Penjelasan Mengapa Neelofa Berkerusi Roda

Selebriti popular, Noor Neelofa sebelum ini menjadi perhatian hangat di media sosial selepas tular sebuah video memaparkan dirinya berkerusi roda.

Malah apa yang lebih mengejutkan ramai yang mendakwa pengacara versatil ini sedang hamil anak kedua.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selamat Tiba Di Brunei, Neelofa Disorong Atas Kerusi Roda Cetus Tanda Tanya Netizen – “Mengandung Lagi Ke?” 

Berdasarkan sebuah hantaran di Instagram XTRA, ada individu tampil menjelaskan situasi sebenar mengapa ibu anak satu ini terpaksa berkerusi roda ketika tiba di Brunei Darussalam.

“No. She got gastric camp. That is why she is using wheel chair. Perkara ni telah disahkan oleh RB Brunei groundstaff. We hope that this shall answer all the speculation on why she is on wheel chair,” tulisnya.

Terbaharu menerusi sebuah video di TikTok, isteri kepada pendakwah PU Riz ini dilihat boleh berjalan seperti biasa ketika hadir di Pelancaran Jurnal ‘Hijrah Cinta’ dan Sesi Bual Bicara Motivasi.

Aqilah Paharuzi