Featured By: Aqilah Paharuzi July 8, 2022 @ 1:58pm

“Tepuk Sebelah Tangan Tak Akan Berbunyi..” – Amyza Aznan Dedah Rumah Tangga Pernah Diganggu ‘Penyondol’, Akui Berpunca Kerana Diri Sendiri

Mahligai cinta pelakon komedi popular, Amyza Aznan sebelum ini didakwa berada dalam pergolakan setelah heboh mengenai ura-ura yang mengatakan perkahwinan mereka diganggu oleh kehadiran orang ketiga.

Tampil menjawab spekulasi tersebut, pelakon Republik Gombak ini menepis kontroversi berkenaan serta menjelaskan rumah tangganya berada dalam keadaan baik dan bahagia bersama suami tercinta.

“Saya masih isteri pertama kini dan selamanya. Rumah tangga saya masih dalam keadaan baik dan bahagia bersama suami,” ujar Amyza.

Pun begitu, Amyza membongkar kejadian sebenar yang berlaku dalam rumah tangga mereka yang dibina selama 16 tahun itu pernah dilanda badai sebelum ini.

“Beginilah, orang lelaki ni memang ada nakalnya biarkan mereka, jika kita terlampau kawal nanti mereka rimas.

“Andai kata mereka hendak buat hal (jalin hubungan lain) buat sahajalah dahulu, akhirnya mereka akan datang semula pada kita.

“Bagi saya bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Tetapi apabila suami datang balik pada kita dan dia berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya saya menerima dengan reda,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, Amyza bagaimanapun tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak atas kemelut yang melanda perkahwinannya, meskipun terluka dengan episod hitam itu, aktres ini reda dan memaafkan suaminya.

Tidak menafikan pernah meroyan atas kejadian itu, Amyza berkata dia meletakkan peristiwa pahit yang terpaksa dilaluinya itu di atas bahunya sendiri serta mengakui gagal menjadi isteri sempurna.

“Memang pada mulanya saya meroyan, siapa tidak marah. Tetapi , tidaklah sampai saya mahu melakukan perbuatan yang boleh mencederakan suami atau pihak lain.

“Bagi saya kesilapan yang dilakukan suami adalah berpunca daripada saya yang gagal menjadi isteri sempurna.

“Apabila semua perasaan was-was itu kita buang jauh-jauh dan reda apa yang berlaku, itu membuatkan kita lebih tenang dan tidak mudah marah..

“Saya selalu ingat pesanan, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Saya tidaklah baik sangat.

“Jadi, dengan berfikir seperti itu saya terima apa sahaja kesalahan suami kerana ada kesalahan datang daripada kita juga,” jelasnya.

Dalam pada itu, Amyza turut diminta memberi pandangan mengenai kehadiran orang ketiga (penyondol) seperti yang berlaku terhadap pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.

Menurutnya, kasih sayang yang terjalin antara isteri tidak akan terlerau sekiranya masing-masing mencuba untuk perbaiki dan tidak terus menunding jari.

“Kalau sayangkan perkahwinan cuba perbaiki (hubungan), kita sebenarnya bukan cari salah tetapi betulkan, kalau rasa tidak boleh terima juga tepuk dada tanyalah selera.

“Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi,” ujar Amyza.

Untuk rekod, Amyza dan suami, Khairil berkahwin pada 2004, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Andre Mikhail, Andrian Adam, 15, dan Ayden Andika, 9.

Terdahalu, desas-desus mengenai rumah tangga Amyza dan suaminya timbul selepas pelakon itu sendiri memberi gambaran diganggu oleh pihak ketiga menerusi Instagram miliknya sehingga mencetuskan tanda tanya sekitar penghujung tahun lalu.

Sumber: BOOM!, mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#SkoolXTRA Tue, 11 Apr 2023
Featured Thu, 15 Jun 2023
Eat Travel Sat, 18 Apr 2020

Adam Corrie kongsi resipi mi kicap wantan

Cuba sekali pasti nak lagi!

Hiburan Sat, 17 Jun 2023
Trending Fri, 27 Mar 2020

[VIRAL] Lelaki Jilat Barang ‘Toiletries’ Di Pasaraya Ditangkap Polis

Di saat masyarakat dunia sedang khuatir memikirkan virus Corona yang melanda dunia ketika ini, seorang lelaki bertindak melakukan perbuatan jijik dengan menjilat barangan peribadi (toiletries) di sebuah pasaraya di Missouri beberapa hari yang lalu.  Walaubagaimanapun […]

Trending Wed, 23 Sep 2020

Empat Golongan Yang Layak Menerima Prihatin, Subsidi Upah Dilanjutkan

Jom tengok siapa empat golongan yang layak!