Hiburan By: Syafiqa Irdina April 21, 2020 @ 4:43pm

Terbaik! Selepas 4 Hari Habis Pantang, Isteri Hafiz Suip Jadi Sukarelawan Bantu ‘Frontliners’

Terbaik Effy!

Selepas baru sahaja 4 hari habis berpantang anak kedua, isteri kepada penyanyi popular tanah air Hafiz Suip iaitu Nureffy Jesreel dikatakan telah aktif melakukan aktiviti kesukarelawanan!

Perkara tersebut dikongsi oleh salah seorang sukarelawan bernama Addina Ahmade menerusi laman media sosial Instagram miliknya.

Katanya, bantuan keperluan harian yang disumbangkan oleh Effy telah selamat diserahkan kepada warga Hospital Putrajaya.

“Terima kasih diucapkan kepada Nureffy Jesreel kerana sudi memberikan sumbangan kepada Hospital Putrajaya walaupun baru 4 hari habis pantang. Betapa gigihnya beliau turun dan turut serta untuk sama2 memberikan sumbangan,” tulisnya.

Tambahnya, sumbangan yang diberikan Effy dan rakan-rakannya amat bermakna dan diharapkan masih ramai lagi di luar sana yang sudi memberikan bantuan kepada yang memerlukan.

Sekali lagi, orang ramai diingatkan supaya bertanggungjawab untuk mengambil langkah pencegahan seperti memakai topeng muka dan hand sanitizer sekiranya berada di tempat awam.

Untuk maklumat berkaitan dan info terkini tentang COVID-19, korang boleh lihat di TV3 dan laman Youtube Buletin Utama okay?

Xtra careful guys!

Kredit: Instagram Nureffy Jesreel, Instagram Addina Ahmade

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Wed, 24 Aug 2022
Featured Sun, 6 Jun 2021

Mira Filzah Kongsi Cara Tidak Dedah Lengan & Aurat Ketika Ambil Suntikan Vaksin

Pelakon dan pengacara Nona, Mira Filzah baru baru ini berkongsi pengalaman sewaktu menerima suntikan vaksin. Berkongsi perkara tersebut di laman Instagramnya, Mira mendedahkan bahawa terdapat cara bagi perempuan muslimah untuk menjaga aurat ketika menerima vaksin. […]

Hiburan Mon, 4 Mar 2019

王力宏314现身千人歌迷签名会

王力宏3月14日提前来马,现身千人「非公开式」歌迷签名会!

Hiburan Wed, 3 Jul 2019

Dynas terkejut membaca komen Netizen

Bawak banyak bersabar Dynas