Hiburan By: Syafiqa Irdina March 4, 2020 @ 4:00pm

400 Ribu Tontonan Dalam Seminggu, Tak Sia-Sia Khai Bahar Gelek Macam Abang K-Pop!

Baru seminggu dah 4oo ribu tontonan!

Khai Bahar baru-baru ini tampil  di Rancangan Muzik-Muzik 35 yang disiarkan di TV3 bagi mempromosikan lagu terbaharunya, Hati Nyawa.

 Walaupun hanya baru seminggu dimuat naik, muzik video tersebut telah mencecah 400 ribu dalam masa seminggu sejak 22 Februari lepas. Nampaknya, tak sia-sia Khai Bahar menari dalam video tersebut! Hati Nyawa merupakan hasil ciptaan bersama Faizal Tahir, Mike Chan, Mage, Ja’a dan Karim Karam. 

Menurut Khai Bahar, lagu ini merupakan satu cabaran buat dirinya dan berharap para peminat dapat menerima perubahan muzik yang dibuat daripada konsep balada ke konsep yang lebih rancak.

“Alhamdulillah, sudah cecah 400 ribu tontonan dalam masa seminggu dan para peminat saya, Khai Bahar Empire dapat menerima lagu ini sampaikan ada yang ikut menari!, ” kata Khai Bahar.

 

 

Carta 20

Bagi episod Muzik-Muzik 35 minggu ini, lagu Tentang Rahsia nyanyian Judika dan Shila Amzah meungguli carta Top 20  mengalahkan lagu-lagu lain. Jom kita tengok lagu-lagu lain yang  berjaya membolosi Top 20 Muzik-Muzik 35 minggu ini.

  1. Tentang Rahsia – Judika & Shila Amzah
  2.  Takkan Terlerai – Syamel & Ernie Zakrie
  3. Hutang – Floor 88
  4.  Jangan Khianati Aku – Azlan & The Type Writer
  5. Takdir Tercipta- Adira Suhaimi & Hafiz Suip
  6. Bicara Rasa – Sarah Suhairi & Ariff Bahran
  7. Belenggu Rindu- Dato’ Jamal Abdillah & Wany Hasrita
  8. Kasihku Selamanya – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
  9. Takkan Merubah – Sufian Suhaimi & Amira Othman
  10. Adakah Engkau Menungguku – Naim Daniel & Tuju K-Clique
  11. Haa Tepok – Meerfly, Kid Santhe MK K-Clique
  12. I Want You To Love Me – Aliff & The Loco
  13. Khayal – Stacy
  14. Kau Sakiti – Amir Masdi
  15. Ruang Mimpi – Neeta
  16. Ilusi – I Am Neeta
  17. Racun Hati – Ara Johari
  18. EH! –  Zizi Kirana
  19. Aduh – Zamani
  20. Selamanya – Usop 

Episod Muzik-Muzik 35 minggu ini turut menampilkan, artis pencalonan baharu iaitu Zamani dan Ezad Lazim yang mempersembahkan lagu terbaharu mereka, Lima Aksara dan juga Hati oleh Hael Husaini.

 

 

 

Haa, buat korang yang ingin lagu dan artis kegemaran korang memasuki carta untuk ke Anugerah Juara Lagu 35, jangan lupa untuk hantarkan undian pada setiap minggu di laman https://www.xtra.com.my/muzik-muzik okay!

Buat yang terlepas untuk menonton Muzik-Muzik minggu ini, nah Xtra belanja video dekat bawah ni. Korang juga boleh tonton episod penuh di laman Tonton. Jangan lupa undi dan enjoy!

 

Sumber: Youtube TV3 Official

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Sep 2018

许冠杰与谭咏麟世纪合体! 12月唱进大马

今年年底将迎来全球乐坛盛事,香港两大歌神许冠杰与谭咏麟合体展开巡演,宣布将在今年12月22日来马开唱!

Trending Tue, 5 Oct 2021
Hiburan Tue, 2 Jul 2019

Zara Zya Akui Majlis Pernikahan Tidak Akan Berlangsung?

Kita doa yang baik-baik sahaja okay!

Hiburan Tue, 17 Apr 2018

《偶像练习生》9%出道首张团体照!

中国偶像男团9%(NINE PERCENT)来自选秀节目《偶像练习生》,近来该团飞往美国洛杉矶集训,15日更晒出道后的首张团体照,短短一天时间,就吸引超过26万粉丝留言热议,引发讨论。

Featured Mon, 27 Jun 2022

[VIDEO] “Demi Allah, Saya Tidak..” – Sharnaaz Ahmad Dedah Kejadian Sebenar Disebalik Kes Tumbuk Pengawal Keselamatan

Akhirnya, rupa-rupanya ini yang terjadi masa hari kejadian. Aduhai, kesian Sharnaaz 🥲

Hiburan Sat, 17 Aug 2019

相隔10年李幸倪再推华语专辑!生日愿望:想拿金曲奖

相隔10年Gin李幸倪再推华语专辑《浮世绘》日前特返马出席宣传活动,并直呼今年的生日愿望是有机会夺得明年的《金曲奖》。

| Live TV