Hiburan By: Padin October 20, 2021 @ 9:08am

Terbit Album Baharu, RASA Ibarat Cermin Suara Kematangan Hidup Ramli Sarip

Penghibur terkenal yang cukup serasi dengan gelaran Papa Rock, Datuk Ramli Sarip muncul dengan album baharu berjudul RASA.

Mengakui bahawa album baharunya itu memiliki segala resepi dan ramuan terbaik yang pernah dihasilkannya sebelum ini, album RASA memiliki 10 buah lagu.

“Apabila dapat menerbitkan album penuh, ia memberikan satu kepuasan berbeza. Mencipta hala tuju dan merekacipta konsep sangat menarik. Ia seperti mengimbau era penerbitan album bersama Sweet Charity. Setiap album ada warna, karakter dan semangatnya yang tersendiri.

“Sebetulnya, saya bukanlah orang yang gemar menghasilkan single dan kebetulan saya memiliki bahan-bahan lagu baharu yang cukup untuk merakamkan 10 lagu. Maka, terhasillah RASA,” katanya.

Pembikinan dan penerbitan album RASA yang memuatkan 10 lagu ini menjadi lebih unik apabila penerbitannya dimulakan di Kuala Lumpur tetapi disiapkan sepenuhnya di Singapura apabila pandemik Covid-19 mula menyerang dunia pada tahun 2020.

Bersama band muzik band muzik pengiringnya Soul Journey iaitu Rozario Rasul (pengarah muzik dan keyboardist), Rizal Halim atau Ritz Metalasia (pemain gitar kedua), Din Safari (pemain bass), Tom Annuar (pemain dram) beserta Allahyarham Fauzi Samin atau Aji (pemain gitar pertama), Ramli sempat merakamkan tiga lagu iaitu Srikandi Zaman, Sentosa di Kubah Hayat dan Surat Cinta Kuala Lumpur.

Manakala di Singapura beliau menghabiskan tujuh lagu lagi bersama pemuzik terbaik Singapura saperti Addy Rasidi, Din Safari, Bani Hidir, Riduan Zalani, Al Hafiz Jumat dan Julian Lim.

Tatkala merancang untuk meneruskan pembikinan album ini, pandemik Covid-19 telah mula menyerang dunia, ia sekaligus menjejaskan usaha Ramli untuk menyiapkan RASA.

Ketika itu, Ramli dalam perjalanan dari Bandung menuju ke Kuala Lumpur tetapi kemudian beliau terpaksa pulang ke Singapura apabila situasi wabak ini menjadi lebih teruk.

“Setibanya saya di Singapura, saya terpaksa menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari dan saya akui ia adalah tempoh yang benar-benar menyukarkan saya kerana saya tidak dapat bergerak ke mana-mana dan hanya terperap di rumah.

“Tetapi, dari satu sisi, ia memberi kesempatan untuk saya mendapatkan lebih banyak ilham untuk menyiapkan album ini dan merakamkan tujuh buah lagi lagu dengan menggunakan khidmat pemuzik-pemuzik berkaliber di Singapura dan Malaysia,” katanya.

Pembikinan yang mengambil masa dan dihasilkan dengan penuh teliti dan kesabaran di Singapura memuatkan lagu Kekasihku, Ayah dan Ibu, Ronggeng Rakyat, Cinta Di Sebalik Musim, Nyanyian Sejagat, Irama Kasih dan Orang Tua Bersidi Sakti.

Ramli memilih untuk merakamkan semula Ayah dan Ibu kerana ia adalah sebuah lagu mencabar ciptaan dan nyanyian dicipta A Rahman yang telah dirakamkan sekitar 1940-an.

“Pada tahun 1981 pula, Allahyarham Sudirman Haji Arshad membuat rakaman semula lagu ini bersama EMI. Lagu ini dipilih sebagai mengenang Ayah dan Ibu yang telah lama meninggalkan kami. Anda kena nilai sendiri versi saya,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Dec 2023

Pergerakan Terbatas, Zamani Slam Kurangkan Aktiviti Seni – “Rasa Ketat & Ada Benda Terkeluar Dibahagian Belakang”

Didoakan semoga abang Zamani cepat sembuh 🤲🏻 Peminat tak sabar nak tengok abang perform kat konsert tu tau!

Contest Sun, 14 Jul 2019

#ICSYVMYSuaraSiapaTu Minggu Ini Lebih Mencabar?

Saksikan #ICSYVMYSuaraSiapaTu Ahad ini, jam 9 malam okay!

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Mak Duta Trivago, Anak Duta PetPet…

Comel Freda ni, geram betul!

Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Netizen Puji Gaya Ardell Aryana Yang Sempoi Tapi…

Hidup ini memang tak mampu puaskan hati semua pihak

Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Ayda Jebat Bakal Catat Nama Dalam Malaysia Book Of Record?

Cayalah Ayda Jebat! Kelab peminat AJ’S nanti jangan lupa penuhkan kapal terbang okay!