Categories: HiburanSelebriti

Terharu Dengan Respons Peminat Selepas Umum Bersara, Hairul Azreen Titip Pesanan Buat Anak Muda

Pelakon Hairul Azreen tampil berkongsi perasaannya apabila membaca respons peminatnya selepas mengumumkan persaraannya dalam dunia lakonan, beberapa minggu yang lalu.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Hairul ketika membuat sesi podcast bersama Amelia Henderson di Studio Sembang.

Menurut Hairul, selepas membuat pengumuman tersebut dia membaca setiap komen yang ditinggalkan oleh para peminatnya meskipun jarang dilakukan.

“Saya terus terang semua orang yang komen dekat last video yang saya berhenti tu, saya baca semua. Saya jarang buat benda tu. Saya tengok, saya tahu ramai yang hargai pengorbanan saya.

“Thank you so much. Itulah yang saya boleh cakap. Saya harap lepas ni ada anak-anak muda yang nampak apa yang saya buat,” katanya.

Terharu dengan setiap kata-kata semangat dan doa yang diberikan, pelakon yang membintangi Filem Paskal itu juga sempat menitipkan pesanan buat generasi muda yang ingin berjaya di masa hadapan.

“Mungkin dekat sini saya banyak cerita semua benda, pengalaman hidup saya. Yang kat luar mungkin orang tak tahu, sini sahaja rasanya.

“Jadi, adik-adik boleh fikir secara logik macam mana nak jadi yang terbaik, buat yang terbaik. First, jaga disiplin. Kedua, sentiasa buat yang terbaik setiap benda yang awak semua buat. Yang ketiga, siapa awak lagi lima tahun?,” jelasnya.

Sebelum ini, Hairul tampil mengejutkan industri hiburan tanah air selepas nekad untuk bersara dari dunia lakonan.

Menurut Hairul, dia sudah puas berkarya sepanjang 15 tahun dalam industri hiburan dan ingin fokus untuk meluangkan masa dengan keluarganya.

Fatin Nurain