Baru-baru ini, bekas penyanyi nasyid kumpulan UNIC, Fitri Haris telah menerima Ijazah Kedoktoran Ph.D di University Of Nottingham, United Kingdom pada 10 Disember lalu. Wah, hebatnya Fitri!
Khabar gembira itu dikongsi oleh Fitri Haris menerusi laman media sosial Instagram miliknya semalam.
“Alhamdulillah syukur ya Allah! Selesai majlis graduasi saya di University of Nottingham, UK secara rasminya di anugerahkan Ijazah Kedoktoran Ph.D pada 10 hb Disember 2019. Setelah 4 tahun suka duka jatuh bangun. Terima kasih Allah,” ujar Fitri.

