Hiburan By: SGMS Faida June 24, 2019 @ 12:00pm

‘Terima Kasih Allah Pinjamkan Jefri Kepada Kami Untuk 35 Tahun’- Ucapan Afdlin Shauki Buat Netizen Sebak

Sempena ulang tahun Allahyarham Jefri Adzman yang merupakan adik kepada Datuk Afdlin Shauki semalam, pelakon dan pengarah terkenal itu telah menulis sebuah ucapan yang menyentuh perasaan.

Akui Afdlin, dia sering berfikir betapa berutungnya dia memiliki adik lelaki yang boleh menguruskan jenazahnya suatu hari nanti.

” Jefri..23 Jun hari ni..Hari jadi adik. Yeop abang sulung..Kau adik bongsu.

” Yeop dulunya berfikir syukur aku ada adik lelaki yang jika yeop pergi dulu ada seorang yang boleh uruskan jenazah yeop, mandikan jenazah yeop dan bantu keluarga yeop di saat pemergian yeop.

” Tapi ternyata apa yang kita rancang dan fikirkan, bukanlah perancangan Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

” Bila yeop memandikan adik, pilu rasa di hati kerana pada yeop ini tidak sepatutnya berlaku.

” Jef kau punya harapan dan perancangan yang sangat hebat untuk masa depan mu.

“Kita pun merancang pelbagai projek untuk memperbaiki kedudukan keluarga kita.

” Tapi sekarang perjuangan mu sudah berakhir. Tidak lagi perlu kau fikirkan dan risaukan,” tulisnya.

Akui Afdlin lagi, dia berasa separuh jiwanya hilang selepas pemergian adik kesayangannya itu.

” Yeop rasa lost kejap kerana kehilangan orang kanan yeop yang yeop sentiasa boleh harapkan.

” Kau sentiasa penuh keceriaan dan positivity yang kita akan berjaya bersama dan sebenarnya kau banyak mengajar yeop macam mana sebenarnya untuk ‘live my life’.

” Semenjak pemergianmu barulah aku banyak mengenali kebaikan kamu sehingga aku kagum, bangga dan sedikit jealous.

” Walau bagaimana kau busy dik, you always have time for your family and people in general. 

” Aku tabik kau dik, pasal pada abang itulah kelemahan abang. Balance itu. Berat kepada kerja sehingga kurang masa bersama family.. Kau ajar abang, benda yang paling penting adalah mengekalkan silaturrahim dan ukhwah dalam hidup kita ni,” tulisnya.

Afdlin juga berjanji untuk mengambil iktibar dengan meletakkan keluarga lebih dari segala-galanya.

” Kita semua nak berjaya untuk family tapi selalunya meninggalkan family yang nak kita bahagiakan tu sehinggalah satu hari kita sedar yang kita sudah tidak ada masa.

” Kita tangguh-tangguh masa bersama keluarga dan satu hari Allah ambil masa tu dari kita. InshaAllah abang akan ingat pengajaran ni sampai bila-bila dik. I love you so much and happy birthday.

” Semoga Allah menjaga roh mu dan roh mummy dan menempatkan kamu berdua bersama roh-roh orang yang beriman. Jaga mak dik.

” Nanti kita jumpa balik. Terima kasih adik ku yang sangat ku sayangi semoga kau tenang di sana, terima kasih Allah swt kerana meminjamkan jefri kepada kami untuk 35 tahun. 

” Sesungguhnya dia menjadi cikgu kepada kami abang dan kakak-kakaknya..Al-fatihah. Happy birthday dik,” tulisnya.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut Afdlin turut mendoakan agar arwah adiknya ditempatkan di kalangan orang beriman.

Allahyarham Jefri meninggal dunia pada 12 Jun lalu selepas terlibat dalam sebuah kemalangan di Kota Damansara. Arwah mengalami kecederaan parah di kepala dan dikerjakan ke sebuah hospital berdekatan. Al-Fatihah… 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Saya Betul-Betul Minta Maaf…

Episod berkenaan, yang ditayangkan pada 1 Jun lalu, mencetuskan kemarahan di India dengan ramai peminat menggunakan media sosial untuk memalukan pelakon berkenaan dan menggelar beliau ‘pengkhianat’.

Contest Mon, 26 Aug 2019

xtra好康头 | 送你林子祥《开心演唱会2019》云顶站入门票

xtra好康头 送你林子祥《开心演唱会2019》云顶站入门票,让他用微笑征服你的心,见识不一样的林子祥。

Featured Wed, 21 Jun 2023
Hiburan Wed, 15 Jan 2020

Penangan PGL 2020, 5000 Tiket Terjual Walaupun Belum Ada Pelakon?

Siapa agaknya jadi Hang Tuah dan Gusti Puteri??

Hiburan Thu, 8 Nov 2018

Pengarah TUJUH Kecewa Dengan Salah Seorang Pelakonnya?

Alamak…kenapa agaknya pelakon wanita itu tak muncul di majlis pelancaran Tujuh ya?

Featured Sun, 12 Nov 2023

Puas! Peminat Tak Kisah Menanti Demi Tonton Persembahan ‘Terakhir’ Di KL, Konsert Noah Menemaniku Full House

Konsert Noah Menemaniku Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada Sabtu ternyata memberikan impak luar biasa khas buat peminat setianya di Malaysia. Dibanjiri lebih 6,000 penonton, sudah pasti peminat […]

Hiburan Fri, 3 Jan 2020