[VIDEO] “Terima Kasih Jual Inai Murah..” – Netizen Dakwa Komen Nur Fazura Perli Seseorang, Che Ta Tampil Bersuara!

Selebriti terkenal, Nur Fazura menerima tempias dan kritikan netizen selepas memuji pelakon Rozita Che Wan kerana menjual inai mampu milik.

“Baru nak buka… Thank you Che Ta ingat pada saya dan thank you jual murah untuk semua saudara kita..” tulisnya di ruangan komen menerusi sebuah hantaran di Instagram milik Che Ta.

Dek kerana komennya itu, ramai dalam kalangan netizen yang mendakwa Fazura seakan memerli seorang artis yang turut mengeluarkan produk inai.

Berang akan tohmahan yang dilemparkan kepada Fazura, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta tampil membidas komen-komen negatif netizen dipercayai untuk meredakan suasana tegang itu di sebuah hantaran baharu.

“Hampa tengok video ni, apa salah Fazura ya? Ada ke dia cakap bukan-bukan pasal orang lain?

“Kami pelik bila ada yang buat fake akaun semata-mata nak hentam dan komen kata-kata negatif dekat @missfazura.

“Sedangkan bila kami tengok balik dekat komen video sebelah dan IG story yang Faz tag kami, takdak pun nampak dia mention mana-mana selain dari inai kami.

“Kami takdak gaduh dengan siapa-siapa pun.

“Bila baca komen (kami dah block siap fake akaun tu) kami jadi pelik, walhal kami ok ja sesama rakan selebriti, takdak pun kami gaduh apa – macam kami cakaplah, rezeki Allah itu luas , buat apa hampa semua nak gaduh,” tegasnya.

Dalam pada itu, Che Ta sempat menitipkan ucapan terima kasih pada aktres jelita Gol dan Gincu itu kerana sudi menerima produk inainya serta membuat review secara suka rela.

“Untuk Faz tercinta, thank you hampa sudi terima inai Che Ta letups kami.

“Thank you jugak sebab selalu baik hati support kami na, kami hantaq laju ja dia letak dekat story, tu pun kami dah hargai sangat-sangat,” luahnya.

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut mendapati rata-rata netizen meminta Che Ta dan Fazura untuk abaikan segala komen negatif yang membabitkan selebriti lain.

Menurut mereka, netizen yang mempunyai perangai sebegitu didakwa sengaja untuk menjadi baru api serta memecahbelahkan sesama mereka.

Aqilah Paharuzi