Hiburan By: SGMS Enal January 25, 2019 @ 5:42pm

Terima Kasih Kerana Sudi Membantu Saya !

Agak terkejut dengan berita yang diterima dimana seorang insan yang dikenali sebagai Syed Syukri MK dikatakan ingin menderma buah pinggangnya kepada pelakon Ebby Yus. Ebby dijangkakan bakal bertemu dengan insan ini dalam masa terdekat sebelum berlepas ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah pada 28 Januari 2019.

“SAYA terfikir juga, apa yang saya sudah buat sampai orang sanggup nak derma buah pinggang mereka?” katanya

“Buat masa ini saya bukan menolak, tapi saya mahu berbual dengan individu itu terlebih dulu.

“Perkara ini sangat besar sebab membabitkan nyawa, tapi dia sanggup berkorban sampai begitu sekali,” katanya lagi

Katanya, dia perlu berjumpa dan bersemuka dengan individu itu sebelum membuat keputusan untuk menerima tawaran itu.

Katanya, dengan pertemuan itu, sekurang-kurangnya dia dapat bersemuka untuk mengucapkan terima kasih.

Terdahulu, pelbagai reaksi dari netizen diluar sana tentang kesakitan yang dialami oleh Ebby Yus. Ebby atau nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid, 54, yang menderita pelbagai jenis penyakit termasuk buah pinggang bocor, jantung, darah tinggi, gastrik, masalah saraf dan prostat sejak beberapa tahun lalu, mengakui terkejut dengan tawaran itu.

Ebby ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan oleh Persatuan Seniman dan rakan artis di kediamannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Feb 2023
Featured Tue, 22 Nov 2022

“Muka Sama, Kembar Ke?” – Ramai Netizen Anggap Nelissa Nizam & Kakak Kembar Seiras

Pasti ramai yang mengenali akan pelakon Nelissa Nizam yang sering menjadi bualan ramai oleh kerana rupa parasnya seakan-akan mirip pelakon Ayda Jebat. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh kakak Nelissa iaitu Nelissa Elyana […]

Hiburan Sat, 27 Nov 2021

“Darah Tak Berhenti Keluar, Susah Nak Tidur” – Gangguan Misteri Jadi Punca Mawi Pernah ‘Hilang’

Penyanyi dan pengarah, Mawi mendedahkan dia pernah berhadapan dengan penyakit misteri sehingga membuatkan dirinya ‘hilang’ sebentar dari dunia seni. Mengenang kembali kejadian yang berlaku sekitar tahun 2015, Mawi menceritakan yang insiden itu bermula dengan darah […]

Events Wed, 29 May 2019
Events Fri, 24 Aug 2018

#Kitapunya : Ini Bunkface Punya Eksperimen Sosial!

Jadi jangan lupa gunakan tandapagar #kitapunya dan #sayangimalaysiaku untuk serlahkan keperibadian ‘Anak Malaysia’ anda di kesemua laman media sosial anda

Featured Sun, 12 Mar 2023

JHEAT Sahkan Ustaz Azhar Idrus Tiada Tauliah Di Terengganu

UAI telah dipanggil sebanyak tiga kali oleh JHEAT untuk menjalani proses temuduga pemegang tauliah

Hiburan Sun, 28 Oct 2018

Sonaone is Finally Back with a New Single!

He was MIA from the music scene for 2 years but now he’s finally back.

Hiburan Sun, 30 Dec 2018

Jutawan Alha Alfa Selamat Bertunang

Sama cantik sama padan… Tahniah Datuk Alha Alfa & pasangan!