Hiburan By: SGMS Faida June 4, 2019 @ 4:13pm

‘Terima Kasih…’- Reza Hasbi Terharu Terima Bantuan Pengikut Di IG

Oleh: Endy Ashari

Pelakon Reza Hasbi, bersyukur apabila ramai tampil menghulurkan bantuan selepas luahannya mengenai kesusahan hidup mendapat perhatian ramai.

Pelakon filem Showdown The Movie, berkata ramai individu menghantar mesej peribadi ingin memberikan hadiah duit raya buat anak-anaknya.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT masih memberi kita ruang untuk menikmati nikmat di dunia ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada hamba-hamba Allah di luar sana yang berhati mulia.

“Ada yang DM (direct message), ada yang WhatsApp untuk minta nombor akaun untuk bagi hadiah duit raya kepada anak-anak Reza. Dan juga, bantuan untuk Reza ringankan beban ini.

“Terima kasih kepada anda semua. Hanya Allah SWT saja yang mampu membalas budi baik korang,” luahnya menerusi sebuah video di Instagram, awal pagi tadi.

Pelakon drama Dia Menantu Rahsia itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan hidupnya termasuklah rakan-rakan industri.

“Terima kasih yang menghulurkan bantuan. Terima kasih juga kepada yang mendoakan Reza. Kepada rakan-rakan artis, produser-produser juga, dan kepada sahabat-sahabat serta kenalan saya di luar sana,” katanya.

Minggu lalu, Reza meluahkan berdepan kesempitan hidup sehingga terlintas mahu pergi pejabat zakat minta bantuan selepas dua bulan tiada tawaran berlakon.

Selain itu, dia turut mendedahkan sebuah syarikat produksi belum melunaskan bayaran berlakon sebanyak RM5,000 sejak lima bulan lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 10 Jan 2019

Every Man Needs At Least One Set of Suit

As per Barney Stinson’s words, “Suit up!”

Featured Wed, 17 May 2023
Hiburan Thu, 22 Aug 2019

Penuh Debaran, Aksi Luar Biasa…SANGKAR Di Pawagam 29 Ogos Ini!

Jangan lupa untuk saksikan filem SANGKAR

Featured Tue, 18 Oct 2022

Kualiti Vokal Siti Nordiana Merundum?

Siapa yang kata vokal Nana merudum ni?

Hiburan Sat, 27 Oct 2018

Niena Baharun Kini Bergelar Ibu… Tahniah!

Niena memilih untuk bersalin menerusi kaedah pembedahan kerana menyedarinya dirinya seorang yang penakut.

Hiburan Sun, 2 Jun 2019
Featured Wed, 8 Feb 2023
Featured Thu, 10 Nov 2022

Cakra Khan Pernah Jual Jam Tangan Untuk Bayar Gaji Pekerja

Kesiannya sampai macam tu sekali ya..