“Terima Kasih Semua Yang Hina Saya” – Terpalit Isu Saman Siti Nordiana Sehingga Dikecam Netizen, Zulin Aziz Kesal Ayat Dimanipulasi

Dek kerana komen terhadap isu yang melibatkan kes saman penyanyi Siti Nordiana disalah erti, pelakon Zulin Aziz menerima kecaman netizen.

Difahamkan, Zulin meninggalkan komen menerusi satu hantaran dan ia merujuk kepada kes yang sedang berlaku kepada penyanyi wanita yang mesra disapa dengan nama Nana itu.

Susulan komen terbabit, warganet menyifatkan Zulin cemburu dengan tindakan Nana yang mahu mengambil tindakan saman terhadap lima individu lain.

Lebih buruk, ia menimbulkan salah faham sehingga netizen mengecam tindakan Zulin.

Kesal dengan apa yang berlaku, Zulin memberikan penjelasan menerusi hantaran terbaru yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Menerusi hantaran terbabit, Zulin memuat naik perbualannya dengan Nana di ruangan mesej (DM).

“Terima kasih yang menfitnah saya. Terima kasih manipulate ayat saya. Terima kasih semua yang hina saya.

“Orang yang negative, akan sentiasa nampak benda negative. Dia tak nak faham,dia cuma nak hentam. Percayalah, akan ada lagi manusia yang tetap dengan cara dia, pemahaman dia walaupun tuan badan pun faham apa aku cakap.

“Tak marah pun kalau tak setuju, tapi janganlah fitnah. Janganlah cakap benda yang tak dicakap. Aku habis kat sini. Siapa negative, aku block. Siapa tak suka, sila unfollow. Jaga diri, terima kasih,” tulis Zulin.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Sebar Fitnah, Siti Nordiana Saman Syura, Lan Solo & Isteri Serta 3 Individu Lain

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Petik Nama Siti Nordiana di IG Live: Syura, Lan Solo & 3 Individu Serahkan Kepada Peguam

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Tuntutan Siti Nordiana: “RM200,000 Bukan Saman Sebab Kami Tak Mohon Maaf” – Syura

Terdahulu, Nana meminta lima individu iaitu penyanti Syura, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam FMC, Sam Samin untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar RM200,000 setiap seorang dalam tempoh 24 jam.

Notis tuntutan bertarikh 26 Julai itu antara lain menyatakan rasa terkejut dan dukacita Nana terhadap kelima-lima mereka kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah menerusi sebuah sesi di Instagram Live.

Nana berkata, pihaknya akan memfailkan tuntutan saman kepada mereka selewat-lewatnya 2 Ogos ini dan bagi menjalankan tindakan undang-undang diambilnya, Nana melantik firma guaman dari Tetuan Abang Azlan & Associates yang diwakili peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin.

Sebelum ini, lima individu terbabit mengesahkan mereka telah menerima surat tuntutan dari pihak Nana yang mana di dalamnya meminta agar mereka membuat kenyataan terbuka memohon maaf dalam tempoh 24 jam beserta syarat lain selain bayaran sebanyak RM200,000 setiap seorang.

Mereka telah pun memaklumkan serta menyerahkan surat tuntuntan tersebut kepada peguam mereka, Alan Razak untuk penelitian lanjut.

Padin