‘Terima Kasih Suami’, Mawar Rashid Syukur Hajat Akhirnya Tertunai

Gara-gara mengidam minum air kelapa tepi laut, pelakon Mawar Rashid terbang ke kepulauan Bali, baru-baru ini.

Pelakon yang membintangi drama Raisha 2 ini memaklumkan dia baru sahaja berani untuk menaiki pesawat selepas kandungan melepasi trimester pertama.

“ Saya dah mengidam sejak awal kehamilan, tetapi pada peringkat awal, tidak sesuai untuk saya menaiki pesawat.

“Jadi, apabila kandungan saya sudah kuat, barulah saya dan suami berani untuk bercuti ke tempat yang jauh sikit,” katanya kepada Harian Metro.

Mawar juga mengucapkan terima kasih kepada suaminya kerana menunaikan permintaannya itu.

“ Terima kasih kepada suami kerana menunaikan permintaan saya. Dalam pada masa sama, kami pun dapat bercuti bersama.

“ Ini menjadi salah satu kenangan terbaik dan tidak dapat saya lupakan,” katanya.

Kandungan Mawar kini menjangkau usia 26 minggu dan dijangka melahirkan cahaya mata pada Mac tahun depan.

Mawar dan Raf berkahwin pada November 2018.- Harian Metro.

SGMS Faida