Hiburan By: SGMS Faida September 19, 2018 @ 12:38pm

Terima Kasih, Tulus!

Tujuh tahun, tiga album… kedatangan beliau ke Malaysia mungkin sedikit terlewat berbanding rakan seangkatannya.

Namun begitu, persembahan sulung Tulus di Istana Budaya membuktikan ‘ Biar Lambat, Asalkan Berbaloi’. Ternyata aura Tulus berjaya memukau kesemua penonton yang hadir. Memang ekstravaganza!

Konsert Tulus Live bermula tepat pada jam 9 malam tadi turut menyaksikan rangkaian lagu-lagu popular antaranya Baru, Kisah Sebentar, Ruang Sendiri, Gajah, Langit Abu-Abu dan banyak lagi.

Sebanyak 15 buah lagu didendangkan dalam konsert berdurasi selama dua jam itu.

Tulus ketika ditemui di sidang media sejurus tamat konsert amat berterima- kasih kepada peminat di Malaysia atas sokongan luar biasa.

“ Saya bersyukur sekali kerana diterima baik di sini atas sambutan konsert kali ini. Ini merupakan kali pertama saya mengadakan konsert di sini, ternyata di luar jangkaan. 

“ Saya senang berada di sini dan kalau boleh saya mahu ke sini lagi mungkin untuk konsert seterusnya di masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Tulus mengaku ada meminta tips dari penyanyi terkenal Indonesia, Rossa sebelum terbang ke sini.

“ Teh Ocha (Rossa) sudah biasa membuat persembahan di sini. Saya ada hubunginya dan meminta kata semangat. Sama sepertinya, saya selesa menghiburkan peminat di sini,” katanya yang memuji semangat penonton Malaysia.

Tambah Tulus, dia membuat persediaan rapi sebelum terbang ke Malaysia terutama dari segi mental. 

“ Konsert ini merupakan gabungan lagu daripada tiga album saya sebelum ini. Latihan rutin dilakukan sejak di Jakarta lagi. Setelah itu, kami berangkat ke Kuala Lumpur dan lakukan latihan secara lansung di Istana Budaya.

“ Paling penting adalah persediaan mental. Maklum saja, ini merupakan persembahan sulung saya di sini. Persediaan berjumpa dengan peminat yang menggemari karya saya selama ini,” katanya gembira.

Tulus juga terharu apabila melihat rakan artis tanah air yang hadir memberikan sokongan antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza. Selain itu juga, antara selebriti yang hadir adalah Nabila Huda, Misha Omar, Waris, Sherry Alhadad, Cat Farish dan ramai lagi.

Tambahnya, dia berharap diberi berpeluang untuk beraksi di Kuala Lumpur pada masa depan.

“Tentunya saya berharap akan ada peluang lagi untuk saya mengadakan konsert di Kuala Lumpur. Kalau ada peluang, saya nak bawa lebih ramai pemuzik,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Mar 2023
Hiburan Fri, 15 Feb 2019
Featured Fri, 13 Jan 2023

Dr Zulkifli Titip 13 Nasihat Buat Syamsul Yusof, Harap Isu Diselesaikan Dengan Baik

MasyaAllah sungguh bermanfaat sekali pencerahan Dr Zulkifli

Featured Fri, 3 Feb 2023
Hiburan Fri, 20 Sep 2019

Dato’ Rosyam Nor Buat Netizen Sakit Jantung!

Baru-baru ini Dato’ Rosyam Nor telah berkongsi satu video di mana seorang wanita telah mengalami ‘gangguan’ semasa tidur.  Para netizen yang menyukai perkara-perkara mistik sudah tentunya ingin tahu tentang apa kesudahan video tersebut. “Kesian Gadis

Cahaya Mata Wed, 15 Feb 2023

Produk Review Jadi Kejutan, Emma Maembong Hamil Anak Kedua

Alhamdulillah, tahniah Emma and family! Makin meriah family

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Terkejut Ragaman Terus BOOM, Faizal Tahir Berterima Kasih Dengan Nabila Huda

Dalam pada itu, penyanyi berusia 39 tahun ini amat berterima kasih kepada pelakon Nabila Huda yang berganding sama dalam muzik video Ragaman.

Featured Wed, 9 Nov 2022

Ibu Wafariena Kesal Dengan Sikap Iqbal Zulkefli – “Saya Ada Di Lokasi Penggambaran Itu & Iqbal Yang Minta Bergambar…”

Terbaharu, ibu kepada pelakon Wafariena Roslan iaitu Suzana Hamad meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan sikap usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli yang cuba membabitkan anaknya dalam gosip cinta sehingga mendatangkan publisiti murahan di media sosial. Memetik

| Live TV

error: Content is protected !!