Terima Ratusan Komen Berbaur Makian Setiap Hari, Ibu Aliff Aziz Sifatkan Netizen Seperti Lembu Dicucuk Hidung

Selepas kes perceraian Aliff Aziz dan Bella Astillah pada 13 Jun lalu selesai, ibu kepada aktor itu iaitu Siti Hafiza dilihat kembali aktif menerusi Instagram miliknya.

Lebih mengejutkan, baru-baru ini Hafiza mendedahkan bahawa dia menerima ratusan mesej berbaur makian dan cacian daripada pengikutnya yang dikirim setiap hari menerusi pesanan mesej langsung (DM).

Namun, tidak mahu mengambil pusing dengan mesej yang diberikan, Hafiza bagaimanapun memaklumkan, dia hanya bertindak menyekat mesej tersebut sekaligus menyifatkan netizen ataupun cyber troopers tersebut sebagai ‘Lembu dicucuk hidung’.

“Setiap hari saya terima beratus-ratus hate DM’s from cyber troopers tegar.

“Alhamdulillah saya tidak baca hanya terus click block dan delete. Kesian sebab mereka bersungguh menulis maki hamun, mereka pasti penat kan? Tapi tidak mengapa saya maafkan sebab they don’t know better mereka seperti seekor lembu yang dicucuk hidung.

“Mereka sangat-sangat menghiraukan kami cause they spend so much time and energy on us,” katanya.

Hafiza berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Selasa.

Dalam pada itu, Hafiza turut memuat naik tangkap layar berupa paparan mesej langsung dari seorang individu yang mendoakan kesejahteraan keluarganya.

Katanya, dia tidak menyangka dalam banyak-banyak cyber troopers yang mengirim mesej berbaur makian dan cacian, masih wujud lagi individu yang mempunyai akal yang waras untuk berfikir dan masih menjaga adab.

“Terbaca DM sister ini, Allahuakbar ramai lagi insan-insan hebat yang mempunyai akal yang waras untuk berfikir dan menjaga adab, alhamdulillah  #KamiMaafKanSemua,” tulisnya.

 

Sekadar info, Aliff dan Bella sah bercerai pada 13 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bella nekad memfailkan perceraian selepas Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah milik aktress itu.

Hasil perkongsian hidup, Aliff dan Bella dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu, Ayden Adrean, 7 dan Ara Adreanna, 4.

Salma Syahbuddin