Hiburan By: Fatin Nurain March 20, 2023 @ 4:00pm

Teringat Wan Azizah Ketika Ditemu Ramah, Gelagat Anwar Ibrahim Sakat Amelia Henderson Undang Tawa

Gelagat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengusik pelakon Amelia Henderson ketika di sebuah program temu bual bersamanya tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok di mana Amelia telah bertanya kepada Anwar mengenai cabarannya dalam menjadi inspirasi kepada orang ramai.

“Dalam apa-apa cabaran ataupun halangan yang kita hadapi macam mana we view you as an inspiration dekat area tu,” kata Amelia.

Namun, reaksi Perdana Menteri ke-10 itu sekali gus mengundang tawa dalam kalangan penonton yang hadir gara-gara terlupa dengan soalan yang diajukan oleh Amelia.

Bukan itu sahaja, Anwar sempat menyakat Amelia dengan menyatakan takut isterinya, Wan Azizah memarahinya selepas pulang dari program tersebut.

“Saya ada masalah bila Amelia tanya soalan, saya perhati dia saya lupa soalan. Gurau je, sekarang Azizah dengar ni tau jangan main-main. Kang balik ni, abang kata Temu Anwar. Ni nampaknya temu Amelia,” katanya.

@jason.yew Nanti Wan Azizah tanya ini Temu Anwar atau Temu Amelia? #anakmuda #temuanwar #ameliahenderson #PMX #anwaribrahim #MalaysiaMADANI #KEADILANuntukSemua #foryou ♬ original sound – JASON Update

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet yang rata-ratanya terhibur dengan respons Perdana Menteri itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 17 Jun 2018

Shukri Yahaya Mahu Berhenti Jadi Romantik?

Mahukan perubahan dalam watak pada masa akan datang, Shukri meletakkan sasaran menerima sekurang-kurangnya satu drama berat yang menampakkan sisi berbeza.

Featured Sun, 17 Mar 2024

“Past Is Past, Teruskan Hidup”- Oktovia Manrose Anggap Gosip Bercinta Dengan Aliff Aziz Memalukan?

Betullah tu.. nak kenang apanya? Masing-masing dah move on lagipun semuanya ada kehidupan sendiri🙄

Trending Mon, 3 May 2021
Hiburan Tue, 31 Dec 2019