Hiburan By: SGMS Faida October 12, 2019 @ 4:03pm

‘Teringin…Tapi Siapalah Saya Kan’- Siti Nurhaliza

Meskipun pernah tampil dengan album berbahasa Inggeris sebelum ini, kali ini Datuk Seri Siti Nurhaliza menyimpan niat untuk mendapatkan khidmat komposer luar untuk projek akan datang.

Kata Siti ketika ditemui Xtra di majlis pelancaran telefon pintar Vivo V17 Pro, jika diberi peluang, dia menyimpan hasrat menyanyikan lagu ciptaan David Foster.

“Jika ada peluang, saya  teringin bekerjasama dengan beberapa komposer tanah air dan antarabangsa untuk projek album berbahasa Inggeris. Untuk komposer tanah air, Joe Flizzow, SonaOne menjadi pilihan saya.

“Jika diberi peluang komposer luar, saya teringin menyanyikan lagu ciptaan David Foster tetapi siapalah saya kan,” katanya sambil ketawa.

David pernah menerbitkan album Nocturnal untuk penyanyi Yunalis Zarai pada tahun 2013.

Bukan itu sahaja, David pernah bekerjasama dengan ramai penyanyi terkenal seperti Whitney Houston, Toni Braxton, Celine Dion, Babyface dan ramai lagi.

Tambah Siti, setakat ini dia sudah menghasilkan sebanyak 10 lagu berbahasa Inggeris.

Album All Your Love diterbitkan oleh syarikat anak tirinya, Adib Khalid, What’s Up Entertainment dan Siti Nurhaliza Production.

Dalam perkembangan lain, Siti bakal terbang ke Adelaide, Australia untuk menjayakan konsert di Festival Theatre Adelaide pada 18 Oktober ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Nov 2023