Hiburan By: Del14 October 10, 2019 @ 10:59pm

Terjawab Sudah Siapa Pelakon Popular ‘A.A’ Yang Kantoi Curang

Terbongkar sudah siapakah gerangan pelakon ‘AA’ yang dikatakan kantoi bermain kayu tiga walaupun sudah berkahwin.  Kasihan pelakon, Aaron Aziz apabila namanya tidak semena-mena menjadi bahan spekulasi sebagai pelakon yang dimaksudkan.

Hakikatnya pelakon  tersebut adalah Amar Asyraf, yang ‘kantoi’ selepas video dan gambar mesranya di dedahkan oleh seorang wanita bernama Ellika Azman di instagramnya. Menurut Ellika, dia hampir mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang berstatus suami orang.

Walaupun tidak menamakan lelaki itu di dalam kapsyennya, warganet sendiri boleh mengetahui siapakah yang dimaksudkan kerana Ellika telah memuat naik foto dan video sewaktu mereka masih bersama.

Menurut Ellika hubungan mereka bermula pada September tahun lalu dan walaupun tahu yang hubungan mereka salah dan tidak sepatutnya berlaku, dia terkhilaf kerana ‘cair’ dengan godaan lelaki itu yang menggodanya dengan ayat-ayat manis.

 

 
 
 
View this post on Instagram

Assalamualakum, mungkin apa yg akan i share malam ni akan mengejutkan dan menyakiti beberapa pihak.Tapi demi Allah, apa yg i cuba sampaikan malam ini bukannya untuk kepentingan diri i seorang sahaja, tapi sebagai manusia yg ada perasaan dan jugak tahap kesabaran yg selama ni i cuba kawal sehabis mungkin untuk menjaga aib and nama beberapa pihak yg terlibat termasuklah diri i sendiri. I harap apa yg berlaku dalam hidup i selama setahun ni cukup nemberi pengajaran untuk diri sendiri dan jgak semua perempuan di luar sana. . September, 2018, my relationship with this one guy yg bertatus suami orang bermula. I tahu benda ni memang salah and tak sepatutnya berlaku. But, i gagal. Bila hari2 dia text, call and meluahkan perasaan perasaan, lama2 i pun cair. Ya, my mistake. Tapi takde istilah i goda dia ya dalam hal ni. Cuma silap i, bila lama2 tu i terjatuh hati jugak dgn dia. So bermulalah kisah cinta antara i dgn this guy. . Sampai lah March, dia datang jumpa parents i mintak restu. Then benda ni berterusan and jadi lebih serious sampailah kami decide untuk bernikah. And pernikahan tu sepatutnya berlaku minggu depan. . Nak dijadikan cerita, sejak makin nak dekat macam2 benda jadi so i decide to istikharah &.. ya, Allah have a better plan for me. Alhamdulillah, last2 minute dpt tahu, dia ada seorang lagi isteri dan seorang lagi anak dari perkahwinan kedua ni. Benda yang paling i terkilan and sedih, dia abaikan tanggungjawab dia as a husband and father sejak baby ni dilahirkan. Sekali pun tak pernah jenguk anak tu sampai ke harini. . So hari yang sepatutnya i patut jumpa his mama and abah, i sebenarnya dah decide nak diamkan je pasal benda ni and batalkan semua plan nikah ni. So.. tiba2 dpt call dari dia. Niat i angkat tu sbnrnya nk bgtahu dia cancel jelah tp tiba2 kena tuduh dgn mama dia lepastu mintak i 100k lol. I akan share satu2 sbb taknak ada mana2 pihak anggap i reka cerita. I, dia and Allah tahu apa berlaku. I berani share walaupun benda ni mengaibkan diri i jgak but i dh tak kisah dgn semua tu sbb i ingatkn i dh cukup teraniaya rupanya ada yang lebih menderita dari i which is his second wife. And i hope takde lagi yg akan jadi mangsa. Stay tuned for more 🙂

A post shared by Ellika Azman (@elayka__) on

“Bila hari-hari dia mengirim teks dan menghubungi saya dan meluahkan perasaan, lama-kelamaan saya ‘cair’.  Ya, silap saya tetapi tidak ada istilah saya yang goda dia dalam hal ini. Cuma silap saya lama-lama tu terjatuh hati juga dengan dia.

“Sampai lah Mac, dia datang jumpa kedua-dua orang tua saya minta restu.  Kemudian hubungan kami berterusan dan menjadi lebeih serius sampailah kami merancang untuk bernikah pada minggu depan.

“Sejak makin nak dekat tarikh pernikahan, macam-macam benda jadi lalu saya membuat keputusan untuk melakukan solat istikharah dan Allah ada rancangan yang lebih baik buat saya.

Ellika mendakwa terkejut apabila mendapat tahu yang pelakon tersebut mempunyai seorang lagi isteri dan anak daripada perkahwinan kedua tetapi malangnya pelakon tersebut dikatakan mengabaikan tanggungjawab  dia sebagai seorang suami serta bapa  dan tidak pernah mengjenguk bayinya sejak dilahirkan sampai sekarang. 

Ellika juga berkata bahawa dia sebenarnya sudah membuat keputusan untuk membatalkan pernikahan mereka tetapi hari yang sepatutnya dia bertemu dengan bakal mertua, dia dihubungi dan dituduh oleh ibu pelakon tersebut sebelum diminta untuk membayar sejumlah wang. 

“Saya akan kongsi satu persatu sebab tidak mahu mana-mana pihak menganggap saya hanya mereka-reka cerita.  Hanya saya, dia dan Allah yang tahu apa yang berlaku.  Saya berani untuk berkongsi walaupun benda ini mengaibkan saya juga…tetapi saya berharap tidak ada lagi yang menjadi mangsanya selepas ini. Nantikan perkongsian saya seterusnya…” kata Ellika. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 19 Nov 2023
Featured Fri, 22 Apr 2022
Hiburan Mon, 25 Nov 2019

Selepas Model, Pelakon…Haneesya Hanee Bakal Bergelar Penyanyi!

Saya bermula sebagai model dan besar harapan agar tahun 2020 bakal membawa tuah lebih baik untuk saya.

Featured Thu, 26 Jan 2023