“Terkejut! Cinta Muka Buku Kita Dah Off Market!” – Peminat Teruja Najwa Latif Dah Kahwin Dengan Akwa Ariffin

Diam-diam menyelami perasaan cinta, penyanyi Najwa Latif mengumumkan dirinya kini telah menamatkan zaman bujang dan berkahwin dengan pilihan hatinya, Akwa Ariffin dengan sekali lafaz pada jam 8:30 pagi Jumaat.

Berita mengenai perkembangan dirinya itu dimaklumkan menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya pada pagi ini meraih pelbagai reaksi pengikutnya.

Menerusi hantaran tersebut, pasangan ini memakai baju sedondon berwarna putih dilihat tersenyum riang di hari bahagia mereka.

“Majlis nikah berjalan dengan lancar, permintaan daripada kedua pengantin juga untuk buat secara kecil-kecilan bimbang kes Covid-19 tengah naik,” kata kakaknya, Syafika Latif.

Majlis yang dimeriahkan dengan kehadiran keluarga dan rakan terdekat itu diadakan di Batu Pahat, Johor.

Pelantun lagu popular Cinta Muka Buku ini telah mengejutkan ramai peminatnya di Instagram yang diam-diam berkahwin dengan kekasih hatinya yang juga merupakan seorang penyanyi.

Difahamkan, majlis persandingan akan berlangsung pada petang ini di lokasi yang sama.

Artikel Berkaitan: Sedar Diri Tak Cantik, Najwa Latif Enggan Sertai Pertandingan Nyanyian

Sumber: Gempak

Aqilah Paharuzi