Terkesima Tonton Teater Muzikal Broadway, Nabila Huda Berhasrat Sertai Uji Bakat Di New York!

Pelakon berkaliber, Nabila Huda meluahkan hasrat untuk menyertai saringan uji bakat teater muzikal ketika berada di negara terkemuka New York, Amerika Syarikat.

Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkongsi harapannya itu menerusi sebuah ciapan di Twitter miliknya meraih perhatian serta sokongan ramai daripada pengikutnya.

Menurut anak kepada penyanyi rock, Amy Search itu, dia memaklumkan hatinya terdetik untuk menyertai uji bakat setelah terkesima menonton teater muzikal terkenal negara tersebut iaitu Broadway New York.

ā€œDah 2 minggu kat New York City (NYC) tapi before this mood macam tak sampai. Dia macam hmmm boring lah sini. But i found my happiness already.

ā€œGonna watch broadway as much as i can! Power gila weh! Macam nak cari tempat yang boleh pergi casting. Just to experience the process. I should right?,ā€ katanya.

Berdasarkan ciapan lain, Abil tidak menafikan umurnya sudah lanjut untuk menyertai uji bakat namun aktres filem Mama ini akan mencari uji bakat terbuka atas sokongan ramai dan rakan selebriti seperti, penyampai radio, Fara Fauzana.

ā€œI know itā€™s too late already! Ye lah umur pun dah sendu..Tapi kalau ada peluang pergi casting, why not!! Iā€™ll ask around..,ā€ ujarnya lagi.

Aqilah Paharuzi