Categories: HiburanSelebriti

Terlalu Sibuk Kerja, Shuk Risau Anak Mula Tak Kenal?

Kesibukan pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar membuatkan dirinya semakin risau.

Akui peserta Bintang Mencari Bintang (BBB) ini, dia sukar meluangkan masa bersama anak tersayang disebabkan jadual terlalu padat termasuklah di hujung minggu.

“ Kalau awak perasan anak saya ada turut hadir ke persembahan minggu pertama ini. Dia pun jerit nama saya ‘Shukri Shukri’, risau saya dibuatnya sekiranya dia sudah lupa saya ini papanya,” kata Shuk sambil ketawa.

Shuk dan Rossalennah atau Sera mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015 memiliki seorang cahaya mata bernama Nur Qurratu Ain.

Tambah Shuk yang merupakan penyampai radio Hot FM, komitmen tugas memerlukannya bijak membahagikan masa bersama keluarga.

“ Dari Isnin hingga Jumaat, seawal 6 pagi saya sudah memulakan kerja. Bergelar penyampai radio bukan saja kerja sampai 10 pagi. Bila habis waktu bertugas, kami di Geng Pagi Hot (GPH) perlu berbincang untuk tugasan keesokannya.

“ Ditambah dengan komitmen sebagai pengacara I Can See Your Voice musim kedua, segala aktiviti perlu disusun baik agar saya dapat meluangkan masa dengan anak isteri,” katanya kepada XTRA.

Dalam perkembangan lain, Shuk gembira mengumumkan dirinya kini bergelar duta minuman kesihatan Slimming White.

“ Saya berbesar hati menjadi duta produk minuman kesihatan ini. Dengan tuntutan jadual kerja seharian yang padat, saya percaya tubuh juga memerlukan nutrisi baik.

“ Lebih menggembirakan, berat badan saya turun hampir 3 kilogram dalam masa beberapa hari sahaja selepas pengambilan Slimming White.

“ Pesanan saya untuk anda yang mengambil produk makanan kesihatan atau minuman kurus, pastikan minum air dalam kuantiti banyak setiap hari,” akhirinya.

Wartawan lokasi: SGMS Enal

SGMS Faida