Hiburan By: Padin September 10, 2022 @ 7:15am

Terpaling Juara: Raih Kemenangan Berganda, Shaz Rasa Tertekan?

Pada minggu pertama Terpaling Juara, Rahmad Mega telah membuktikan dirinya masih berbisa, apabila berjaya memenangi Persembahan Terpaling Padu menerusi lagu Merisik Khabar yang pernah bertanding di Juara Lagu 1987, nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman.

Pada minggu kedua dan ketiga pula, Shaz mendapat kemenangan besar apabila berjaya membolot gelaran Persembahan Terpaling Padu untuk dua minggu berturut-turut.

Kemenangan ini tidak membuatkan Shaz leka dan duduk selesa! Sudah tentunya memberi tekanan kepada Shaz kerana perlu kekalkan stamina, vokal dan memberikan persembahan terbaik untuk minggu keempat serta bersaing dengan lima peserta yang mana, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.

Minggu ini, tanggungjawab yang dipikul lebih berat apabila peserta perlu menyanyikan lagu ciptaan kapten sendiri.

Shaz tidak terkecuali, apabila diberi tugasan untuk membawakan lagu Canggung bergenre irama tradisional moden yang bertanding di Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) nyanyian asal Wany Hasrita.

Dua genre telah dinyanyikan oleh Shaz iaitu balada dan dangdut menerusi lagu Cinta yang bertanding di Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) nyanyian asal Marsha Milan, Selamat Jalan Romeo (AJL 19, nyanyian asal Ramlah Ram) dan Purnama Merindu bergenre balada (AJL14 – nyanyian asal oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza).

Menurut Shaz, dia bersyukur kerada mendapat bimbingan penyanyi dan composer hebat, Hael Husaini sebagai Kapten.

“Saya tidak pernah menjangka yang saya akan berada di bawah bimbingan Hael selaku Kapten. Memang rasa amat bertuah dan bersyukur kerana terasa bagai bulan jatuh ke riba.

“Saya memang sanjung Hael kerana dia seorang penyanyi, komposer, penggubah lagu dan penulis lirik yang berpengalaman. Saya amat berterima kasih kepada kapten kerana usaha dan bimbingannya telah berjaya membuatkan saya meraih Persembahan Terpaling Padu untuk dua minggu berturut-turut.

“Saya akan gunakan peluang keemasan ini untuk belajar lebih lagi dalam selok belok untuk menjadi seorang penyanyi yang berjaya,” kata Shaz.

Rata-rata komen daripada netizen juga mengatakan Hael dan Shaz sama-sama on-track!

Malahan, juri tetap juga turut berpuas hati dengan persembahan Shaz sejak dari minggu kedua.

Bagaimana pula komen untuk minggu ini? Boleh atau tidak Shaz mengekalkan kedudukannya sebagai ratu persembahan Terpaling Padu?

Semuanya terjawab dalam Terpaling Juara pada Ahad ini, 11 September 2022, jam 9.00 malam yang dibawakan secara langsunf dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, pukul 9.00 malam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my

Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Sep 2022
Featured Thu, 26 Jan 2023
Featured Sun, 10 Sep 2023
Hiburan Sat, 11 Aug 2018

Comelnya Anak Kedua Waris, Tihani Izz Nina

Cuma bezanya, bayi kami kali ini lebih berat berbanding abangnya yang hanya 2.46 kg ketika dilahirkan. Tahniah Waris dan Izzati!

Trending Tue, 4 Oct 2022

Didakwa Tidak ‘Sweet’ Dengan Suami, Ini Respons Mia Ahmad

Tak semestinya tak tunjuk sweet dekat media sosial tak bahagia kan? Memandai je cakap orang mcm tu 🤨

Hiburan Thu, 4 Apr 2024
Featured Fri, 12 May 2023

Anak Kedua Sudah Hampir 2 Tahun, Ummi Nazeera Beri Bayangan Hamil Anak Ketiga?

Jeng jeng jeng! Wah yang ketiga on the way ke tu?