Featured By: Aqilah Paharuzi February 14, 2023 @ 2:06pm

Teruja Bekerjasama Dengan Dayang Dalam AJL 37, Amir Masdi Titip Ucapan Mesra – “You Are Such A Sweetheart”  

Pasangan duet finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37, Amir Masdi dan Dayang Nurfaizah saling berkongsi momen belakang tabir di Instagram milik mereka.

Meskipun tidak berjaya meraih sebarang trofi AJL, namun kedua-dua finalis ini mengucapkan kata syukur atas karya Debu bergenre balada moden, hasil ciptaan sepenuhnya oleh Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim yang cukup indah.

Menjengah ke Instagram penyanyi bersuara serak basah itu, Amir meluahkan rasa teruja atas peluang yang diberikan untuk bekerjasama bersama Dayang.

“Alhamdulillah for #AJL37. Terima kasih @faithfulmusicmy & @novamusicmy, thank you to the composers of this beautiful song, thank you @ampireofficial_ for the love and support. I couldn’t be more proud of last night. Thank you to my whole team for making it possible.

“Thank you @dayangsayangkamu, really is a pleasure to be working with you. You’re such an amazing human being, always give the best for everyone, and such a sweetheart.

“I hope everyone enjoyed the performance last night. We go again next time!,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AM (@amir.masdi)

Meninjau ke ruangan komen, Dayang turut tampil memberi respons terhadap hantaran Amir itu yang memuji bakat luar biasa pelantun lagu Puas itu.

“Thank you Amir… with your talent, the best is yet to come!,” ujarnya.

Amir dan Dayang mempertaruhkan lagu Debu untuk AJL 37 yang berlangsung pada Ahad lalu bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

AJL 37 didimensikan oleh Alha Alfa Cosmetics sebagai penaja utama bagi menghangatkan acara yang memartabatkan lagu terbaik, tahun ini.

Keputusan penilaian 12 buah lagu finalis AJL 37 dilakukan oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail.

Barisan juri yang mengadili malam berprestij itu adalah Datuk Acis, LY, Altimet, Noryn Aziz, Jari, Ad Samad, Azlan Abu Hassan, Khir Rahman dan Damian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Apr 2022
Featured Mon, 20 Mar 2023
Trending Thu, 1 Mar 2018

Traditional Chinese Cough Medicine Becomes Top Seller in New York

Ang mohs seem to be obsessing over Asian things lately and the price for one bottle of this cough medicine is way too expensive!

Featured Thu, 12 May 2022

“I Like My Hijab & I Like Dancing…” – Gadis Ini Cetus Kontroversi Dalam Temubual Berita Antarabangsa

Sabrina tak kisah dikecam kerana dia rasa buat perkara yang betul dan yakin dengan diri sendiri…

Trending Wed, 20 Oct 2021

“Kepada Yang Mudah Terhibur Dengan Cerita ‘Sampah’ 2 Manusia Tu…” – Izwan Azir Saleh Minta Media Hentikan ‘Drama’ DSV & Iqbal

Penyampai radio Buletin FM, Izwan Azir Saleh memohon agar media tertentu berhenti memberikan liputan terhadap kisah yang berlaku antara usawahan selebriti, Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli. Izwan yang mengendalikan segmen

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Aman Nassim Pilih Pensyarah Jadi Isteri

Selamat Pengantin Baharu Aman & Baizura!

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Johan As’ari Kagum Dengan Keberaniaan Ellie Suriati

Selepas video Ellie Suriati melaungkan ‘Hidup Melayu’ tular di laman sosial, Johan memuatnaik gambarnya bersama pelakon wanita itu dengan caption, ‘Saya kagum dengan semangat beliau,’

Hiburan Tue, 26 Feb 2019

Bakal Bawa Lagu Asli, Ella Janji Persembahan Luar Biasa Di Konsert Unplugged Bulan Depan!

Persiapan sudah 50% siap. Korang dah dapatkan tiket ke belum? Jumpa di Istana Budaya nanti jom!

| Live TV