Featured By: Fatin Nurain October 24, 2022 @ 8:30am

Teruja Dapat Buat Persembahan Semula, Doktor Saran Sissy Imann Tidak Terlalu Lasak

Penyanyi dan pengacara Sissy Imann tampil berkongsi rasa terujanya ketika membuat persembahan pertama selepas melakukan pembedahan, beberapa minggu yang lalu.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Sissy telah memuat naik videonya yang sedang bermain piano bagi sebuah program stesen televisyen berbayar, Sabtu lalu.

“My first hosting gig post-surgery & I’m glad that I got to open the show with the pinano (piano),” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)

Memetik laporan Harian Metro, penyanyi itu sudah boleh bekerja, namun doktor menyarankan agar tidak terlalu lasak dan sentiasa peka akan kesihatannya.

“Saya sebenarnya sudah boleh bekerja, cuma doktor pesan tak boleh lasak. Doktor juga tahu saya orang yang macam mana, sejenis yang tak boleh duduk diam.

“Jadi, dia pesan kalau ada apa-apa yang nak buat jangan lasak dan sentiasa peka dengan kesihatan saya. Kalau ada rasa perkara yang tak boleh buat jadi kena rujuk doktor. Tapi apapun saya dah okay dan berasa semakin sihat,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Sissy telah memaklumkan bahawa dirinya akan ditidurkan untuk menjalani sebuah pembedahan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jumpa Lagi, Insya-Allah” – Sissy Iman Ditidurkan, Mohon Ampun & Maaf Jika Pernah Menyakiti Sesiapa

Walaubagaimanapun, Sissy juga enggan berkongsi perihal itu kerana tidak mahu terlalu berfikir tentang pembedahan tersebut.

“Berkenaan pembedahan itu saya minta maaf sebab tak boleh kongsikan sebab saya tak terlalu tumpukan perhatian kepada perkara itu.

“Bukan apa, apabila bercerita atau teringat mengenai itu saya rasa macam tak seronok sangat. Jadi, saya memilih untuk tidak menceritakan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembedahan Dirahsiakan, Sissy Imann Akhirnya Dapat ‘Greenlight’

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Sangat Kuat” – Selepas Ditidurkan, Sissy Iman Kini Stabil & Pembedahan Berjalan Lancar

Sumber: Harian Metro & Instagram Sissy Imann

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Nov 2020
Featured Thu, 18 Jun 2020
Events Tue, 22 Jan 2019
TECH Thu, 11 Oct 2018

Permainan Mudah Alih Nightstream Untuk Si Gamers

Dengan adanya Streamline Games yang menumpukan perkembangan permainan, kami boleh menggunakan kepakaran kami sebagai syarikat media bersepadu terbesar di Malaysia untuk mempromosikan Nightstream ke pasaran massa dan meniru semula kejayaan-kejayaan terdahulu seperti Ejen Ali dan Mak Cun’s Adventure.

Hiburan Thu, 2 Feb 2023

Berat Badan Naik 10 Kg, Netizen Usik Watie Makin Bahagia – “Nak Salahkan Siapa Sebenarnya Ni?”

Orang kata kalau tengah bahagia ni badan akan berisi sikit 🤪🤪🤪 Sedang angau dilamun cinta la katakannn 🤪🤪

Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Finally, FattZura Ada Hadiah Buat Peminat?

Seramai 5000 peminat bertuah bakal dijemput ke majlis pasangan ini yang bakal diadakan di Royal Palace, Shah Alam. Majlis ini diadakan untuk menghargai peminat yang sering menyokong Fattah Amin dan Fazura

Featured Mon, 8 Feb 2021

Kajian Terbaru Dedah 81% Rakyat Malaysia Bimbang Hilang Kerja Akibat COVID-19

Diharapkan masalah pengganguran dapat diselesaikan..

Trending Wed, 28 Mar 2018

通往阴间路?惊见「幽灵列车」进站

中国内蒙古日前惊现一辆「幽灵列车」,监视器画面清楚地录下一辆透明列车进站的全过程,令人不寒而栗,引起许多网友讨论,认为这是开往阴间的火车,也有人觉得是平行空间。