Categories: HiburanTrending

“That Is Just Too Much, Mereka Pun Nak Cari Rezeki” – Michael Ang Tempelak Netizen Dakwa Gaji Pekerja Restoran Makanan Segera Haram

Penerbit, pengarah dan pelakon Michael Ang memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram sebagai respons kepada kecaman netizen terhadap pekerja jenama restoran makanan segera.

Menerusi hantaran dikongsikan di Instagram, Michael atau mesra disapa Mike meluahkan rasa bengang terhadap netizen yang mengutuk sekeras-kerasnya pekerja-pekerja restoran makanan segera terbabit.

Simpati dengan nasib pekerja restoran makanan segera yang dikongsikan di media sosial, Mike tampil bersuara menegaskan bahawa ia merupakan punca rezeki mereka.

Menurut Mike, netizen sudah melampau sehingga tergamak menjatuhkan hukum haram terhadap gaji mereka.

“Tak payahlah komen kat orang kita sendiri yang macam mereka ni seharam-haramnya sebab McD.

“I rasa that is just too much. Mereka pun nak cari rezeki. Tak payah cakap sampai gaji mereka haram!” tulisnya.

Kesal dengan komen pedas netizen, Mike berkata, terpulang kepada individu itu sendiri untuk memboikot atau tidak.

“Kalau orang tak nak boikot dan masih makan, biarkan saja. Itu hal mereka!” katanya.

Dalam pada itu, Mike turut menasihati pekerja-pekerja restoran makanan segera untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan tindakan memperlekehkan pemboikot.

Menurut Mike, tindakan pekerja restoran makanan segera menunjuk-nunjuk resit yang banyak sebagai bukti masih ramai orang membeli jenama makanan itu perlu dihentikan.

Syamir Shafie